Pengusaha naik harga perkhidmatan berdepan tindakan tegas: Armizan

KPDN mengambil perhatian serius terhadap beberapa kenyataan pihak industri yang akan menaikkan harga perkhidmatan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan terdapat pihak industri akan menaikkan harga perkhidmatan, susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula semalam.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementerian itu sedang melaksanakan Ops Kesan 2.0.

“KPDN mengambil perhatian serius terhadap beberapa kenyataan pihak industri yang akan menaikkan harga perkhidmatan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula pada 10 Jun lalu.

“Pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan melalui platform yang disediakan akan dilaksana berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya menerusi kenyataan.

Armizan berkata, berdasarkan kenyataan viral di media sosial, KPDN akan membuat siasatan segera meliputi dua aspek.

Katanya, aspek pertama adalah bagi sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), seperti perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan, KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak terbabit

Serahan notis, tegasnya, akan dilaksana di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga yang mempunyai elemen pencatutan.

“Aspek kedua adalah bagi sektor industri seperti pembinaan yang sememangnya sejak dari dahulu tidak layak menggunakan diesel subsidi sebelum penyasaran subsidi dilaksanakan pada 10 Jun 2024, KPDN akan melaksanakan siasatan alasan mereka perlu menaikkan harga perkhidmatan sekarang.

“Ini termasuk siasatan kemungkinan mereka mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, beberapa syarikat dan premis perniagaan didakwa mula menaikkan harga perkhidmatan serta produk jualan masing-masing, susulan pengumuman kerajaan mengenai penetapan harga runcit diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam semalam.

Kelmarin, Scoop melaporkan harga runcit diesel di semua stesen minyak di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, berkuat kuasa tengah malam 10 Jun lalu.

Penetapan itu sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bagaimanapun kekal pada kadar RM2.15 seliter. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related