Penyasaran subsidi diesel: Pengusaha bas ekspres, bas sekolah tidak patut naikkan tambang

Subsidi diesel diberikan terus kepada golongan itu menerusi kad fleet diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)

6:10 PM MYT

 

GEORGE TOWN — Pengusaha bas ekspres dan bas sekolah tidak sepatutnya menaikkan kadar tambang susulan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata hal ini kerana subsidi diesel terus diberikan kepada golongan itu menerusi kad fleet diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

”… tidak sepatutnya berlaku (kenaikan tambang), subsidi diesel terus diberikan kepada pengusaha bas ekspres dan bas sekolah.

“Mereka tidak terkesan dari segi kenaikan harga diesel sebab pengusaha bas sekolah, bas ekspres ini sudah sedia terima subsidi. Jadi apa yang mendorong mereka menaikkan harga tambang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan 57th Asean Senior Transport Officials Meeting (STOM) di sini hari ini.

Loke mengulas khabar angin berkaitan kemungkinan berlaku kenaikan tambang bas ekspres, bas sekolah dan bas persiaran susulan pengumuman kenaikan harga diesel di Semenanjung yang melebihi 50 peratus bermula pada Isnin.

Menurut Loke kadar tambang bas ekspres tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana ia adalah di bawah seliaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

”Bagi bas sekolah, kita tidak kawal harganya cuma kita galakkan perbincangan antara pengusaha bas sekolah dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bas persiaran pula adalah untuk kegunaan pelancong asing dan bagi tujuan pelancongan bukannya kegunaan harian, jadi tidak ada subsidi untuk sektor pelancongan.

”Kos pelancongan di negara kita memang cukup kompetitif, mungkin ada sedikit kenaikan kos untuk pelancong asing namun saya rasa ia boleh diterima mereka,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata beliau bersedia memberi taklimat khusus kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura, susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu terhadap projek berkenaan. 

Menurut Loke beliau menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin negara namun segala pandangan tentang projek berkenaan mesti berdasarkan fakta yang tepat.

“Saya tidak tahu sama ada beliau (Dr Mahathir) dapat maklumat benar atau tidak, tetapi biarlah bercakap berdasarkan fakta. Untuk mengatakan bahawa tidak ada pendedahan mengenai RTS, ini tidak betul.

”Kalau Tun mahu maklumat lengkap saya bersedia bagi taklimat khusus kepada beliau,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir dalam hantaran menerusi laman X mengulas berkaitan projek RTS Link yang sedang rancak dibina namun menyatakan tidak banyak laporan tempatan mengenai projek berkenaan. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related