Speaker Dewan Rakyat perlu patuhi Perlembagaan Malaysia, isytihar kekosongan 7 kerusi: Bersatu

Datuk Wan Saiful Wan Jan juga berkata, tiada keperluan untuk Bersatu mendedahkan satu persatu langkah yang akan diambil terhadap mereka yang berpaling tadah

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu yakin Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak ada pilihan melainkan perlu mematuhi Perlembagaan Malaysia dan mengisytiharkan kekosongan kerusi disandang tujuh wakil rakyatnya yang berpaling tadah.

Ahli Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, gugurnya keahlian seseorang wakil rakyat itu adalah urusan dalaman parti, bukannya bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat.

Menurutnya, setelah parti ada pegangan dalam hal berkenaan, maka tindakan Speaker mestilah berdasarkan apa yang Perlembagaan Persekutuan kehendaki setelah seseorang itu terhenti keahliannya.

“Ini adalah ujian penting konsep pengasingan kuasa dalam Parlimen kita.

“Negara dan dunia akan menghakimi adakah Speaker bertindak untuk memelihara kemuliaan Dewan Rakyat dan keluhuran Perlembagaan, atau adakah beliau bertindak secara kepartian,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, tiada keperluan untuk Bersatu mendedahkan satu persatu langkah yang akan diambil terhadap enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang berpaling tadah.

Malah, beliau turut memuji langkah dicadangkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung perkara tersebut yang telahpun dipersetujui dalam mesyuarat MPT parti itu, kelmarin.

“Saya ucapkan tahniah kepada Hamzah kerana begitu teliti dalam merancang dan melaksanakan perkara ini demi memastikan semuanya teratur.

“Saya rasa kita tak perlu dedahkan satu persatu langkah yang akan diambil,” katanya.

Semalam, Hamzah memaklumkan, MPT Bersatu sudah memuktamadkan keputusan status tujuh wakil rakyatnya yang berpaling tadah dalam mesyuarat yang dipengerusikan Persidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

“Status tujuh wakil rakyat yang berpaling tadah telah diputuskan dan Majlis Pimpinan Tertinggi mengarahkan Setiausaha Agung untuk membuat tindakan susulan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tindakan susulan yang akan diambil terhadap tujuh wakil rakyat tersebut.

Untuk rekod, tujuh wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Seorang Adun Bersatu pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari, iaitu Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang). – 9 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related