Masalah air di UMS dijangka selesai hujung tahun ini: Zambry

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi itu, kementeriannya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil pelbagai langkah bagi menyelesaikan masalah tersebut

8:58 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan, menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya telah berjumpa Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) bagi membincangkan perkara ini dan beliau menunjukkan komitmen dan memaklumkan ada beberapa perancangan sedang dibuat untuk menambah lagi paip dan takungan air.

“Kita jangkakan secara keseluruhannya masalah tersebut dapat diselesaikan sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan. KPT sudah melaksanakan apa yang diperlukan termasuk menyediakan telaga tiub dengan ambil air bawah tanah yang telah pun siap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor 2024 dan Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas BN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Zambry berkata, pihaknya telah melawat UMS sebanyak dua kali bagi meninjau permasalahan itu untuk memastikan isu bekalan air di universiti tersebut dapat diselesaikan dalam kadar segera demi kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

Pada Rabu lepas, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Kasim Mansor dilapor mengingatkan mahasiswa universiti itu tidak menyertai perhimpunan bagi membantah isu bekalan air yang dihadapi institusi pengajian berkenaan pada 14 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya sebelum ini dilapor berkata, Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah berhadapan dengan gangguan bekalan air akibat penyambungan paip haram oleh penduduk setinggan yang ada kalanya mengakibatkan gangguan bekalan ke UMS dan kawasan sekitar. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related