‘SPRM macam malaikat maut, sehari 70 kali intai’ kata ketua Dewan Ulama PAS

Sambil menyifatkan semua itu sebagai satu satu cabaran, Ahmad berkata parti itu boleh menghadapi serangan berkenaan jika semua ahli kuat dan bersatu.

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Hati-hati, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), hari-hari pusing negeri kita seolah-olah isu rasuah hanya ada di empat negeri sahaja,’’ dakwa Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahaya.

Justeru Ahmad memberitahu beliau menasihatkan ahli-ahli PAS di Kedah supaya berhati-hati kerana pegawai SPRM, dakwanya seperti malaikat maut kerana sehari ‘70 kali’ menziarahi mereka.

Mereka ini, katanya hanya mengintai, mungkin ini pendekatan untuk meruntuhkan integriti dan kekuatan yang ada kepada Perikatan Nasional (PN) dan jika boleh ia mahu mengaitkan semua Menteri Besar (MB) dengan rasuah.

“Saya pesan di Kedah supaya berhati-hati, pegawai SPRM macam Malaikat Maut, sehari 70 kali menziarahi kita.

“Dia intai saja. Untuk apa? Mungkin ini satu pendekatan atau strategi untuk meruntuhkan integriti PN. Kalau boleh nak kaitkan semua MB, ada kaitan dengan rasuah,’’ katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Kota Bharu kali ke-57 hari ini.

Empat negeri di bawah pimpinan Perikatan Nasional iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ditadbir oleh Menteri Besar dari PAS.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mereka yang pernah ditahan oleh SPRM di Kedah hanya ditanya soalan mudah.

“Soalannya berkaitan dengan Menteri Besar. Adakah dalam maklumat ada MB atau dalam pengetahuan MB atau ada arahan daripada beliau. Jika boleh dikaitkan, itu yang dicari,’’ katanya.

Ahmad turut memberitahu bagaimana isu melibatkan anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut meresahkan ahli-ahli parti itu namun jawapan yang diberikan oleh Shukri berjaya memuaskan hati semua.

“MB Perlis tidak mempertahankan anaknya malah jika anaknya didapati bersalah, Shukri berkata hukumlah anaknya itu.

“Ramai tak kenal anak MB, orang tak kenal siapa dia padahal dia ada nama. Apa perlu dikaitkan dengan anak MB? Ini bagi meruntuhkan kekuatan dan imej,” katanya.

Sambil menyifatkan semua itu sebagai satu satu cabaran, Ahmad berkata parti itu boleh menghadapi serangan berkenaan jika semua ahli kuat dan bersatu.

Pada 23 Mei lalu, Mohd Syafeeq Mohd Shukri yang juga anak Menteri Besar Perlis dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,000.

Mohd Syafeeq, 35, juga adalah menantu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – 8 Jun, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

US strikes deal with Jho Low to return US$100 mil in 1MDB-linked assets to Malaysia

They include artworks by Andy Warhol and Claude Monet, as well as a Paris apartment

Related