Mohd Na’im berlepas ke Arab Saudi bagi lawatan kerja, tunai haji

Fokus lawatan kerja kali ini adalah untuk melihat sendiri operasi masyair (kemuncak ibadat haji yang bermula di Arafah, Muzdalifah dan Mina) yang dilaksanakan TH

10:12 AM MYT

 

SEPANG — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berangkat ke Arab Saudi tengah malam tadi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan haji.

Mohd Na’im yang diiringi Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Rashid Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawahar) Md Ramzi Ishak, akan berada di sana sehingga 20 Jun ini.

Mohd Na’im berkata fokus lawatan kerja kali ini adalah untuk melihat sendiri operasi masyair (kemuncak ibadat haji yang bermula di Arafah, Muzdalifah dan Mina) yang dilaksanakan TH serta menyantuni jemaah haji negara.

Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) juga menerima jemputan dari kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri ‘Grand Hajj Symposium’ pada Isnin depan di Makkah Chamber, dihadiri menteri yang terlibat dengan urusan haji di negara masing-masing.

“Melalui simposium yang dianjurkan ini, diharap kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi terutamanya TH, Jawhar serta Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi diperkukuhkan.

“Dalam simposium itu akan ada perbincangan, mesyuarat dengan jemaah haji bersama menteri-menteri agama dan haji untuk melihat persediaan yang dijalankan oleh pihak haji dan umrah dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam menguruskan jemaah haji dari seluruh dunia,” katanya kepada media ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.

Mohd Na’im bersama 283 jemaah haji menaiki penerbangan KT097 yang berlepas pada 12.45 tengah malam tadi.

Beliau dijangka menginap di Abraj Al-Janadriyah yang juga Ibu Pejabat TH di Makkah, bagi memudahkan bertanya khabar dan memantau kebajikan jemaah haji.

Mohd Na’im berkata setakat ini 93 peratus atau 29,483 jemaah haji Malaysia telah berada di Tanah Suci. 

Baki tujuh peratus atau 2,117 jemaah dijangka sampai di Arab Saudi Ahad ini. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related