Biarpun bersaing dengan filem Thailand, Memoir Seorang Guru berjaya raih kutipan RM750,000 selama 7 hari

Penerbit Memoir Seorang Guru, Datuk Arisz Ab. Rahman percaya kutipan filem itu mampu pergi lebih jauh lagi

6:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persaingan dengan filem dari Thailand yang bergenre sedih telah menggugat kutipan filem tempatan, Memoir Seorang Guru di pawagam, kata produsernya, Datuk Arisz Ab. Rahman.

Bercakap kepada Scoop, Arisz yang kini berada di Madinah berkata, filem Thailand, How To Make Millions Before Grandma Dies ditayangkan di pawagam pada hari sama dengan Memoir Seorang Guru yang diadaptasi daripada novel sasterawan negara, Allahyarham Azizi Abdullah.

“Kebetulan filem itu memang meletup di Indonesia dan promosi pawagam juga lebih banyak tertumpu kepada filem Thailand itu.

“Tetapi, kita juga ada membuat promosi sendiri di media-media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram, cuma ia tidak tular di akaun-akaun media sosial yang mempunyai ramai pengikut.

“Kita juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem Memoir Seorang Guru di pesta buku baru-baru ini.

“Walaupun Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tidak membantu dari sudut dana pemasaran, tetapi mereka bantu kita menerusi slot tayangan di beberapa stesen televisyen serta radio tempatan,” katanya.

Sejak mula ditayangkan secara rasmi di pawagam pada 30 Mei lalu, Memoir Seorang Guru arahan Kyoll Hamzah berjaya meraih kutipan RM750,000 dalam masa tujuh hari.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (lima, kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (empat, kanan) hadir pada Malam gala serta tayangan perdana filem Memoir Seorang Guru bulan lalu. – Gambar ihsan, 7 Jun, 2024

“Sebagai seorang ahli perniagaan, saya mengharapkan kutipan filem yang lebih lagi untuk Memoir Seorang Guru.

“Waktu kita buat filem Duan Nago Bogho yang ditayangkan pada tahun lepas, kita dapat kutipan sebanyak RM1.2 juta. Dengan pencapaian kutipan setakat tujuh hari, kita percaya kita boleh buat kutipan yang lebih lagi untuk Memoir Seorang Guru,” katanya.

Arisz bagimanapun berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat menggerakkan guru-guru dan pelajar menonton filem ini.

“Syarikat korporat serta alumni sekolah juga boleh memainkan peranan masing-masing untuk menggalakkan lagi tontonan Memoir Seorang Guru dalam kalangan pelajar,” katanya.

Jelas Arisz lagi, semua bentuk promosi filem Memoir Seorang Guru telah diusahakan sedaya mungkin dengan bajet terhad.

Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang Cikgu Sunan yang menentang keras anak perempuannya, Kamariah meneruskan cita-cita untuk menjadi guru kerana tidak mahu perkara yang membelenggunya sehingga bersara terjadi kepada anak kesayangannya. – Gambar Facebook, 7 Jun, 2024

“Namun, faktor masa dan sokongan penonton menjadi penentu. Promosi adalah bahagian paling penting, namun ia bukan penentu utama kejayaan sesebuah filem dari sudut kutipan kerana ada juga filem dengan jutaan bajet gagal di pawagam.

“Memetik kata-kata Datuk Yusof Haslam, tayangan filem di pawagam sangat unik. Kualiti filem tidak menjamin ramai penonton. Ia bergantung pada ‘luck’ dan rezeki,” katanya.

Memoir Seorang Guru arahan pertama Kyoll Hamzah dibintangi Nabila Huda, Johan As’ari, Trisha Ooi, Ellie Suriary Omar, Zul Huzaimy, Jesse Lim, Hariz Hamdan, Kiky Hannah, Danish Zamri, Baqir Jamalullail, Hafiy Al Tamis, Dhiya Raidah serta Rafique Iskandar.

Filem ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai teraju utama dengan watak Cikgu Sunan yang ditugaskan mengajar di sebuah sekolah pedalaman dan menjadi guru di kelas paling corot. – 7 Jun. 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related