Remaja bawah umur juga peluk agama lain, kenapa Islam dipolemikkan? Soal Firdaus Wong

Pendakwah bebas itu mengulas mengenai kebimbangan tentang video ‘TikTok’ beliau yang menjelaskan bagaimana remaja bawah umur boleh memeluk Islam

10:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penceramah Firdaus Wong mempersoalkan kenapa isu mengenai remaja bawah umur yang berminat dengan Islam dipolemikkan sedangkan ada antara mereka yang memeluk agama lain.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan kumpulan Global Human Rights Federation (GHRF), mengenai video Firdaus di dalam ‘TikTok’ yang menjelaskan bagaimana remaja bawah umur boleh memeluk Islam.

Bercakap kepada Scoop, beliau berkata, ada remaja bawah umur itu yang tertarik dengan Islam selepas mendengar atau melihat media serta orang sekeliling mengecam Islam.

Lalu mereka ini, katanya membuat kajian dan mendapati Islam bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh media dan masyarakat.

“Selain itu adalah faktor pergaulan dan mereka melihat majoriti Muslim komited pada Islam dengan mengamalkan Islam,’’ katanya.

Terdahulu, GHRF menggesa pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan ada pelajar bukan Islam diajar untuk memeluk Islam, iaitu sebagai respon kepada video Firdaus.

Presidennya, S. Shashi Kumar, berkata, ia mencabuli hak ibu bapa untuk menentukan agama anak mereka di bawah 18 tahun.

Jelasnya, GHRF sudah membuat banyak laporan ke atas pendakwah itu, namun polis tidak mengambil tindakan. – 6 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related