Pengawal pengiring kenamaan antara 12 individu beri keterangan kes pemandu OKU dipukul

Kertas siasatan kes tersebut dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam untuk tindakan lanjut

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis sudah melengkapkan kertas siasatan membabitkan seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) dipukul seorang anggota pengiring orang kenamaan, bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan tersebut dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam untuk tindakan lanjut.

“Seramai 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel dan pegawai pengiring kepada orang kenamaan terbabit dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes terbabit.

“Pengadu (mangsa) dalam kes ini telah menarik laporan polis namun hasil sambungan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati pengadu masih berminat dan ingin meneruskan kes ini,” katanya.

Beliau memberitahu, hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan tatatertib.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian terbabit termasuk mengaitkan kes tersebut dengan Institusi Diraja,” katanya.

Pada 29 Mei lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kenamaan di sebuah hotel di sini.

Susulan itu Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang pemandu e-hailing dipukul pegawai polis pengiringnya.

Tunku Mahkota Ismail berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberikan keadilan sebaiknya kepada mangsa yang juga seorang pemandu OKU.

“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang,’’ katanya menerusi catatan di platform X. – 5 Jun, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related