Pembunuhan Zayn Rayyan, akan ada lagi yang ditahan? Semua bergantung soal siasat: Polis

Polis juga mungkin akan turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak itu berhampiran Apartment Idaman di Damansara Damai, Selangor

9:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keperluan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bergantung kepada soal siasat terhadap ibu dan bapa kanak-kanak terbabit yang kini direman selama tujuh hari.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam tempoh itu, polis juga mungkin akan turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak itu berhampiran Apartment Idaman di Damansara Damai, Selangor.

08122023 - Tinjauan tempat pembunuhan Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai - AZIM RAHMAN
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan (kanan) ketika melawat tempat pembunuhan Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai Disember tahun lalu. Beliau beliau menegaskan sekali lagi bahawa tahanan reman terhadap kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan itu adalah untuk membantu siasatan – Azim Rahman/Scoop, 1 Jun, 2024

“Bergantung kepada hasil soal siasat (terhadap ibu bapa Zayn Rayyan) sama ada perlu (polis) turun sekali lagi ke tempat kejadian atau apa perlu kepada tangkapan lain.

“Persoalan sama ada kita akan bawa sekali kedua-duanya ke Apartment Idaman atau ke lokasi penemuan mayat mangsa bagi melengkapkan siasatan dalam tempoh reman ini, kita lihat dahulu hasil soal siasat itu nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Malah beliau menegaskan sekali lagi bahawa tahanan reman terhadap kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan itu adalah untuk membantu siasatan.

Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut.

Perkara itu disahkan peguam, Mahmud Abdul Jumaat ketika ditemui media di pekarangan mahkamah hari ini.

“Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan polis terhadap kes tersebut,” katanya.

08122023 - Tinjauan tempat pembunuhan Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai - AZIM RAHMAN
Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan yang telah ditutup bagi siasatan polis Disember lalu – Azim Rahman/Scoop, 1 Jun, 2024

Dalam pada itu polis mengesahkan Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah membuat tangkapan ke atas kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit pada jam 10.05 pagi semalam.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri.

Pada Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Katanya, walaupun berdepan dengan cabaran termasuk dalam mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, namun pihak polis tidak berputus asa dan meneliti setiap maklumat diterima, untuk menyelesaikannya kes itu.

Beliau berkata setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenayah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan. – 1 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 tahun old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related