25 Ahli Parlimen, 58 Adun Bersatu jawab surat arahan MPT

Sebelum ini, semua Ahli Parlimen dan Adun Bersatu diberi tempoh 14 hari menjawab surat arahan terbabit, susulan pindaan kepada perlembagaan parti

8:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 25 Ahli Parlimen dan 58 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu, menandatangani Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bermakna semua mereka berikrar untuk terus setia dengan parti.

Katanya, surat arahan tersebut dibuat selaras dengan pindaan Perlembagaan Bersatu yang diluluskan Jabatan Pendaftar (ROS) sebelum ini, bagi menepati Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan mengenai anti lompat parti.

“Semalam 31 Mei 2024 adalah hari terakhir untuk wakil rakyat Bersatu menyempurnakan surat Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, semua Ahli Parlimen dan Adun Bersatu diberi tempoh 14 hari menjawab surat arahan terbabit, susulan pindaan kepada perlembagaan parti.

Pindaan itu berikutan tindakan enam Ahli Parlimen dan seorang Adun parti berkenaan yang menukar sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Berdasarkan jumlah Ahli Parlimen dan Adun dimaklumkan Muhyiddin itu, ia menunjukkan tujuh wakil rakyat terbabit tidak menjawab surat seperti diarahkan MPT.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Adun Selat Kelang, Datuk Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Muhyiddin menerusi kenyataan itu juga mengingatkan semua wakil rakyat Bersatu untuk mematuhi Fasal 10.4 yang menjelaskan bahawa ketidakpatuhan wakil rakyat terhadap apa-apa arahan dikeluarkan MPT, akan mengakibatkan terhentinya keahlian serta-merta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Khas Bersatu yang bertungkus-lumus menyempurnakan Arahan Khusus MPT ini secara tertib dan teliti, menepati segenap lunas undang-undang,” katanya. – 1 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related