Desakan Malaysia tarik diri daripada Rimpac: Kita perlu ambil pendekatan rasional: PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berkata perkara itu perlu dipertimbang dengan teliti selain melihat potensi implikasinya

9:15 PM MYT

 

LABUAN – Malaysia perlu mengambil pendekatan rasional terhadap desakan beberapa badan bukan kerajaan agar negara menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa yang dipimpin oleh Amerika Syarikat kerana ia turut menyaksikan penglibatan tentera Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berkata perkara itu perlu dipertimbang dengan teliti selain melihat potensi implikasinya.

“Pendirian kita adalah tegas; tiada negara lain yang selantang Malaysia mengenai isu Israel …kita menunjukkan bantahan setiap hari.

“Justeru itu, kita harus bertindak dengan berhati-hati dan bukan didorong oleh perasaan marah… malah semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dahulu, sebuah kapal Israel telah berlabuh di pelabuhan kita. 

“Apabila kami mengambil alih kerajaan, kami adalah pihak yang menghalang kapal Israel memasuki pelabuhan negara meskipun berdepan kritikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di Terminal Feri Roll-on Roll-off Labuan di sini hari ini.

Anwar juga berkata tindakan kerajaan tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat dan perdagangan.

“Jika kami mengikut setiap pendekatan yang dicadangkan, kami terpaksa menghentikan operasi syarikat seperti Microsoft, Google, Apple dan Facebook,” katanya.

“Malaysia akan terus bersuara lantang bagi menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Semalam, 15 kumpulan yang diketuai oleh pergerakan global anti-Israel di Malaysia iaitu Boycott, Divestment, Sanctions (BDS Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Malaysia agar menarik diri serta-merta daripada Eksesais Rim of the Pacific Exercise (Rimpac) yang dijadual berlangsung dari 26 Jun hingga 2 Ogos ini. – 31 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Bowling’s future bright as National Youth Programme expands

The National Youth Programme for bowling is expanding, with more spots for young bowlers, as KBS, NSC continue to invest in the sport’s long-term success

Related