MCW syor ahli keluarga ahli politik maklum kepada SPRM kalau dapat projek kerajaan

Jais berkata, rundingan terus bukan sesuatu yang melanggar undang-undang

11:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan supaya ahli keluarga kepada ahli politik atau pegawai berkaitan kerajaan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mereka memperoleh projek kerajaan.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, ia adalah langkah tepat dan wajar dilakukan kerana dapat meningkatkan tahap ketelusan serta integriti dalam pentadbiran awam.

“Langkah ini juga akan membantu mengurangkan risiko konflik kepentingan dan memastikan setiap urusan dilakukan dengan penuh kebertanggungjawaban.

“MCW juga yakin langkah tersebut secara tidak langsung dapat memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan awam terutamanya dalam amalan tadbir urus yang baik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti), syarikat milik bersama suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Mengulas mengenai isu tersebut, Jais berkata, MCW masih tercari-cari undang-undang atau peraturan yang dilanggar memandangkan tidak memegang sebarang kepentingan dalam kerajaan Selangor.

Susulan itu, beliau berpendapat, kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mendapati tiada salah laku dalam pemberian kontrak kepada suami Hannah itu sudah tentu diteliti dan dikeluarkan dengan alasan kukuh.

Bagaimanapun katanya, timbul keraguan mengenai pemberian kontrak secara terus kerana Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berjanji untuk mengelak amalan itu dalam mana-mana projek kerajaan atas nama integriti dan ketelusan.

“Namun, harus diketahui, rundingan terus bukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

“Ini kerana kontrak kerajaan boleh diberikan secara rundingan terus atas justifikasi keselamatan dan kerahsiaan negara, di samping keperluan kecemasan, misalnya ketika berlaku bencana alam,” katanya.

Semalam, Azam menegaskan setakat ini tiada sebarang kesalahan mengikut undang-undang dalam pemberian kontrak projek DRT oleh kerajaan Selangor kepada Asia Mobiliti.

“Saya tidak mengetahui lanjut mengenai kes itu tetapi apa yang ingin saya katakan, sekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan) ia bukanlah satu kesalahan.

“Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan antara kerajaan Selangor dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetapi ia berlainan sekiranya KBS yang memberi kontrak itu kepada syarikat berkenaan,” katanya.

Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze Han, menyatakan Asia Mobiliti, adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek DRT.

Kedua-dua syarikat itu juga sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobiliti ialah suami Hannah, Ramachandran Muniandy. – 28 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related