Lagu Raya Di Rumah Dinda masih tular di TikTok, tribute buat Allahyarham Adibah Noor: Dina

Lagu tersebut mendapat inspirasi daripada Zapin SMS yang pernah dipopularkan oleh arwah Adibah bersama Senario

7:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga penyampai radio, Dina Nadzir mengakui terkejut apabila lagu Raya Di Rumah Dinda yang dipersembahkan secara duet bersama kumpulan Xpose masih lagi tular di aplikasi TikTok.

Bukan itu sahaja, lagu tersebut menjadi trending dan mengungguli kedudukan kelima di YouTube dan tersenarai dalam carta RIM (Persatuan Industri Muzik Rakaman Malaysia).

Bercakap kepada Scoop, Dina berkata, projek kolaborasi lagu raya itu sememangnya hanya sekadar suka-suka yang dicetuskannya bersama Expose.

“Tidak sangka pula ia jadi tular hingga sampat saat ini serta disukai golongan dewasa dan kanak-kanak. Bukan hanya di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia. Bahkan banyak cabaran lagu itu yang muncul di TikTok termasuk dari golongan selebriti sendiri.

“Ada cabaran yang dilakukan secara individu tidak kira lelaki atau wanita. Ada pula secara duo iaitu lelaki dan wanita, ada cabaran menampilkan seorang lelaki dan dua wanita serta paling comel bila ada kanak-kanak perempuan ikut cabaran ini bersama bapa saudara mereka.

“Saya gembira sekali bila lagu ini disukai kanak-kanak. Walaupun dalam lagu ini ada perkataan ‘janda’, tapi sekurang-kurangnya bila mereka membesar mereka akan ingat lagu ini. Macam kita yang dahulu membesar dengan lagu Suasana Riang Di Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina Razak,” katanya.

Penyanyi yang bergelar penyampai radio, Dina mengakui, lagu Raya Di Rumah Dinda yang masih tular di TikTok hingga saat ini adalah sebuah tribute buat Allahyarham Adibah Nor kerana ia terinspirasi daripada lagu Zapin SMS yang pernah dipopularkan arwah bersama Senario. – Gambar Instagram Dina Nadzir, 27 Mei, 2024

Menurut Dina lagi, pada asalnya, lagu raya yang ingin mereka hasilkan adalah mengenai kekecohan mereka yang mahu pulang beraya atau tidak dapat pulang beraya.

“Tapi, sebab lagu De FAM, Alamak Raya Lagi! membawakan mesej tersebut, jadi kita tukar dan kita cuba fikir dan cari idea, lagu raya apa yang kita patut hasilkan.

“Oleh kerana saya tidak pernah memiliki sebuah lagu yang mempunyai rentak irama tradisional, jadi saya sarankan boleh tak kita buat lagu raya berentak zapin.

“Lagu ini juga satu ‘tribute’ untuk Allahyarham Adibah Noor kerana inspirasi lagu ini datangnya daripada lagu Zapin SMS yang pernah dipopularkannya bersama kumpulan Senario,” katanya.

Jelas Dina lagi, konsep lagu Beraya Di Rumah Dinda ini juga menggunakan konsep seloka seperti mana lagu Zapin SMS.

“Untuk hasilkan selokanya, kita ceritalah pasal janda di dalam lagu ini. Tapi, disebabkan korusnya sahaja mempunyai elemen raya, ramai yang guna versi awal lagu ini untuk dijadikan cabaran di TikTok.

“Apa pun, saya gembira kerana kejayaan lagu ini membuktikan saya juga punya nilai sebagai penyanyi dan ia turut menambah lagi keyakinan saya untuk muncul dengan single solo saya selepas ini,” katanya. – 27 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related