Latih anak-anak kita bijak terapkan nilai agama, budaya dalam teknologi AI: PM

Kita perlu menguasai AI bagi menjamin nilai budaya dan moral dalam teknologi itu ditentukan sendiri oleh masyarakat di negara ini

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia harus diangkat sebagai sebuah negara yang hebat, bukan sahaja daripada segi cabaran menghadapi kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri berkata, ini kerana anak-anak harus dilatih dengan kemahiran dan kecekapan yang cukup baik untuk memasukkan dan memuatkan semua yang menyentuh soal nilai, agama, budaya dalam AI.

“Saya bertemu dua tokoh baru-baru ini termasuk Ketua Eksekutif Microsoft, dalam perbincangan saya tanya, bagaimana tentang isu nilai, kerana yang memberikan ruang dalam AI ini, dia bukan bebas nilai, tertakluk kepada apa yang dimasukkan, maklumat yang dimasukkan (dalam AI).

“Jadi jawabnya itu pintar dan baru-baru ini Microsoft jawab anak-anak kita yang mempunyai kemahiran dan kepakaran harus menentukan, masukkan apa yang perlu kerana jawapan AI itu tertakluk kepada apa yang dimuatkan dalam korpus ilmu, dia tak keluar daripada itu, kita masukkan, dia (AI) lontarkan daripada keseluruhan.

“Agak menarik, ini tokoh besar dunia dalam AI yang menyatakan kepada saya bahawa harus dilatih anak-anak dengan kemahiran dan kecekapan cukup baik untuk memasukkan semua yang menyentuh soal nilai, agama, budaya kita termasuk sambutan Gawai kita.

“Supaya AI itu akan memuntahkan atau menghasilkan karya-karya selari dengan maksud itu,” katanya ketika berucap merasmikan acara kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di Kuching, Sarawak, hari ini.

Anwar berkata, generasi muda perlu dilatih dengan kemahiran dan kecekapan AI yang cukup baik untuk membolehkan mereka memasukkan semua yang menyentuh soal nilai, agama dan budaya dalam teknologi tersebut. – Gambar Bernama, 27 Mei, 2024

Justeru, Perdana Menteri berkata, wartawan pada masa kini mempunyai cabaran yang jauh lebih besar daripada generasi sebelumnya.

“Generasi sebelumnya berjasa besar kerana di antara perjuangan kebangsaan paling berkesan adalah media, itu tidak boleh dimungkiri kenyataan itu

“Sekarang ini dalam cabaran untuk mengangkat martabat dan membina manusia baharu, jadi saya lontarkan semua ini kerana saudara (media) yang boleh jadi penyelesaian, saya bukan media,” katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih@Hawana bagi tahun 2025 di mana ia memainkan peranan membantu pengamal media yang ditimpa kesusahan.

Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan bersempena dengan sambutan Hawana 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media yang masih dalam perkhidmatan atau telah bersara selain mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan. -27 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related