12 cedera, penerbangan Qatar Airways dilanda gelora udara

Pesawat dari Doha itu bagaimanapun selamat mendarat di Dublin

10:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 12 cedera selepas penerbangan Qatar Airways dari Doha menuju ke Dublin dilanda gelora udara hari ini.

Penerbangan itu, yang mendarat di Dublin sebelum jam 1 tengah hari waktu tempatan, disambut pasukan kecemasan termasuk polis lapangan terbang dan jabatan bomba dan penyelamat.

Menurut kenyataan dari Lapangan Terbang Dublin, enam penumpang dan enam anak kapal cedera dalam kejadian itu.

Penerbangan Qatar Airways QR107 berdepan gelora udara semasa melalui ruang udara Turki.

Lapangan Terbang Dublin memaklumkan, pihaknya memberi bantuan penuh kepada penumpang dan kakitangannya yang menaiki pesawat penerbangan tersebut.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas 71 penumpang penerbangan Singapore Airlines SQ321 cedera manakala seorang lelaki warga emas meninggal dunia akibat gelora udara teruk.

Musibah itu berlaku di ruang udara Myanmar, selepas 10 jam dalam penerbangannya dari London ke Singapura pada Selasa lalu, menyebabkan pesawat secara tiba-tiba naik dan menjunam beberapa kali.

Pesawat Boeing 777-300ER itu terpaksa melencong ke Bangkok selepas dilanda gelora udara menyebabkan penumpang dan anak kapal terhumban ke sekitar kabin termasuk ada yang terhempas ke beberapa bahagian termasuk ke siling.

Pesawat itu, yang membawa 211 penumpang dan 18 kru itu berjaya melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, di Thailand. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related