Media Malaysia perlu dibentuk ikut acuan sendiri: Fahmi

Mesej itu disampaikan semasa pertemuan bersama ketua-ketua pengarang industri media di Malaysia dengan Pengarah Biro Asia Pasifik Wartawan Tanpa Sempadan, Cedric Alviani

10:28 PM MYT

 

KUCHING – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri.

Beliau berkata, mesej itu disampaikan semasa pertemuan bersama ketua-ketua pengarang industri media di Malaysia dengan Pengarah Biro Asia Pasifik Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Cedric Alviani di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang, Ketua Pengarang Kumpulan Big Boom Media Group, Terence Fernandez dan Pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran.

Menyifatkan pertemuan kira-kira sejam itu sebagai cukup baik, Fahmi berkata ketua-ketua pengarang terbabit turut memohon penjelasan dan penerangan RSF mengenai metodologi serta cara pengumpulan data bagi menentukan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.

“Harapan saya pertemuan ini dapat mencambah dan menambah jalur perbincangan supaya kita mendapat sedikit maklum balas daripada pelbagai pihak tetapi yang penting, media di Malaysia perlu dibangunkan dengan acuan Malaysia.

“Inilah mesej yang saya terima daripada para ketua pengarang dan terpulang kepada kita untuk membentuk media Malaysia yang kita idamkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Fahmi berharap pertemuan bersama ketua-ketua pengarang media Malaysia dan Alviani dapat mencambah serta menambah jalur perbincangan supaya mendapat sedikit maklum balas daripada pelbagai pihak. – Gambar Facebook Fahmi Fadzil, 26 Mei, 2024

Fahmi juga berharap pihak media akan terus berkhidmat dengan baik di samping memberikan maklum balas sama ada kepada kerajaan atau badan bukan kerajaan seperti RSF mengenai keadaan di Malaysia.

Dalam pertemuan berkenaan, Premesh mempersoalkan mengenai metologi RSF yang ketinggalan dan tidak mempamerkan gambaran sebenar kebebasan media negara.

Premesh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sementara Majlis Media Malaysia berkata, ketua-ketua pengarang industri media berhasrat mengadakan libat urus dengan RSF bagi membolehkan perubahan dilakukan dalam metodologi dan strategi penilaian kebebasan media di negara ini.

Beliau berkata, langkah ini mampu mencerminkan keadaan media di Malaysia dengan lebih baik.

Fernandez pula berkata, RSF sepatutnya lebih telus dengan rankingnya, dan mengharapkan wartawan juga profesional serta telus dalam mendapatkan maklumat serta dalam laporan.

Alviani pula berkata, beliau percaya indeks kebebasan media adalah alat yang boleh digunakan bagi memulakan perbincangan mengenai perkara itu.

Dalam pertemuan dengan Fahmi dan semua ketua-ketua pengarang media Malaysia, Alviani berkata, beliau percaya indeks kebebasan media adalah alat yang boleh digunakan bagi memulakan perbincangan mengenai perkara itu. – Gambar Facebook Fahmi Fadzil, 26 Mei, 2024

“Perbincangan sudah bermula dan ini adalah sesuatu yang amat positif bagi masa depan kebebasan media di Malaysia,” katanya sambil menambah pertemuan itu adalah satu peluang yang luar biasa bagi membolehkan beliau lebih memahami situasi media di negara ini.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang dikeluarkan oleh RSF bulan lepas menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga ke tempat ke-107 berbanding ke-73 pada tahun lepas. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related