Sikap beremosi boleh melahirkan sikap melampau, ekstrim atau ghuluw: Amirudin

Kata Menteri Besar Selangor, selain otak perlu diasah dengan pengajian, jiwa juga harus dipupuk dengan memperbanyakkan kegiatan rohaniah

2:07 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pemahaman dan pelaksanaan agama yang didorong oleh emosi akan melahirkan sikap melampau, ekstrim atau ghuluw (taasub) justeru kehidupan terbaik adalah berlandaskan agama.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jiwa juga harus dibaja dengan memperbanyakkan zikir dan selawat supaya lahir ilmuan yang merendah hati, bukan mendabik dada dengan pengetahuannya.

“Menadah kitab, mengaji dan meneliti sememangnya teramat penting. Namun tidak kurang penting juga kegiatan rohaniah justeru sepanjang festival kali ini kita menyusun banyak sesi bacaan wirid, ratib dan zikir.

Antara manuskrip al-Quran yang dipamerkan di Festival Turath Islami Selangor yang diadakan mula hari ini sehingga 2 Jun di Masjid Salahuddin Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini – Adam Aznijar/Scoop, 26 Mei, 2024

“Beberapa majlis pengajian misalnya, kita dahulukan dengan sesi nazam dan qasidah. Kita yakin bahawa selain otak perlu diasah dengan pengajian, jiwa juga harus dibaja dan dipupuk dengan memperbanyakkan zikir dan selawat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Turath Islami Selangor yang diadakan mula hari ini sehingga 2 Jun di Masjid Salahuddin Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Festival Turath Islami disertai lebih daripada 1,000 pengunjung, termasuk dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura, dan Brunei.

Ia diserikan dengan kehadiran bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Ali Jum’ah yang membacakan kitab, Hadis 40, dan juga Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Menyentuh mengenai festival berkenaan, Amirudin berkata ia lebih besar berbanding sebelumnya.

“Majlis ini akan dijalan selama 8 hari dan juga terdapat pelbagai aktiviti dan program, tidak macam dulu hanya tumpu kepada pengisihan kelas.

“Jumlah sesi yang diadakan kali ini juga hampir tiga kali ganda lebih banyak. Kali ini, kita menyusun acara yang lebih pelbagai dan kita cuba menyeimbangkan antara acara ilmiah dengan acara rohaniah,’’ katanya. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related