Malaysia ke separuh akhir berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw, jumpa Indonesia malam ini

Tekong negara, Syahir Rosdi turun malam ini dengan misi 'membalas dendam' terhadap Indonesia yang mengecewakan Malaysia pada final Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia meneruskan misi memburu kejuaraan ketiga dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas melangkah mudah ke separuh akhir acara berpasukan dengan menumbangkan India 2-0 di Stadium Titiwangsa hari ini.

Trio utama negara yang dibarisi Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias meraih mata pertama selepas mengetepikan cabaran Ramkumar Sharma, Henary Singh Wahengbam serta Longkhon Singh Elambam 15-3, 15-11.

Gandingan Zarif Marican Ibrahim Marican, Aidil Aiman Azwawi dan Shahalril Aiman Halim mengesahkan kemenangan Malaysia apabila mudah menumpaskan lawan 15-5, 15-12.

25052024-Team-B-Malaysia-vs-India-di-Istaf-Sepaktakraw-World-Cup-Kuala-Lumpur-2024-ALIF-OMAR_10
Regu kedua negara, Aiman Azwawi (apit kiri), Zarif Marican (tekong) dan Shahalril Aiman (apit kanan) mengesahkan kemenangan Malaysia ketika menentang India di Stadium Titiwangsa hari ini. – Alif Omar/Scoop, 25 Mei, 2024

Selepas mengungguli acara beregu dan regu dunia, Rabu lalu, Malaysia meneruskan perjuangan dalam acara berpasukan dengan menentang Indonesia dalam separuh akhir malam ini.

Menurut tekong utama negara, Syahir, dia mahu membalas dendam ke atas skuad Garuda yang menumpaskan pasukan negara dalam final Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

“Indonesia sebuah pasukan yang kuat selain mempunyai pemain berkualiti dan semangat juang tinggi, jadi kita kena berjaga-jaga dan tidak terlalu yakin.

“Kami tahu mereka bukan lawan yang mudah dan akan cuba sedaya-upaya untuk melangkah ke final,” katanya.

Sementara itu, gergasi sepak takraw dunia, Thailand seperti dijangka menewaskan Jepun 2-0 untuk menempah pertemuan separuh akhir bertemu Korea Selatan yang menewaskan Vietnam 2-1 padai suku akhir.

Perlawanan separuh akhir masing-masing akan berlangsung pada 8 malam ini. — 25 Mei, 2024

Topics

 

Popular

No welcome to paradise: Bunkface dropped from Green Day’s KL concert

GoLive Asia cited 'logistical, scheduling and production adjustments' as the reason for the change

Setia Alam mall shooter snapped after janitor asked him to move items: police

Exact motive remains unclear, but suspect was allegedly under the influence of drugs

‘No more Petronas in a decade if we don’t right size now’, warns CEO

Tan Sri Tengku Muhammad Taufik said the new organisational structure is still being finalised and will only be introduced later this year

Related