Ibu dan dua anak maut dalam kebakaran rumah kedai di Balik Pulau

Nurul Bowjiya, 58, dan anaknya, Muhamad Ibrahim, 33, pada awalnya berjaya keluar dari rumah tersebut tetapi masuk semula selepas menyedari Rahbiah Jasmin, 20, masih terperangkap dalam kebakaran

2:10 PM MYT

 

BALIK PULAU – Seorang ibu dan dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai berhampiran sebuah bank di situ pada 7.02 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan seorang wanita Nurul Bowjiya, 58, dan anak lelakinya Muhamad Ibrahim, 33, serta anak perempuannya Rahbiah Jasmin,20, meninggal dunia.

“Berdasarkan temubual awal ke atas seorang mangsa yang terselamat iaitu anak lelaki wanita itu yang berusia 30 tahun memaklumkan dia, ibu serta abangnya telah berjaya keluar dari rumah kedai tersebut sebaik menyedari berlaku kebakaran.

“Walau bagaimanapun emak dan abangnya yang menyedari adik perempuannya masih berada di dalam rumah telah bertindak memasuki semula rumah kedai itu bagi menyelamatkan mangsa, namun ketiga-tiga mereka terperangkap dalam premis tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berjaya ditemukan oleh pihak bomba selepas api dapat dipadamkan. – Gambar ihsan Bomba, 25 Mei, 2024

Kamarul Rizal berkata, ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berjaya ditemukan oleh pihak bomba selepas api dapat dipadamkan.

Tambah beliau mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.06 pagi dan terus ke lokasi bersama dua jentera dengan dibantu pasukan dari BBP Balik Pulau.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman telah membabitkan tiga jentera tangki air termasuk mengawal api daripada merebak,” katanya di sini.

Beliau berkata, kebakaran itu mencetuskan asap tebal kerana ia membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.

“Setelah selesai pemadaman api, kami menemui mayat dua mangsa di tingkat bawah manakala satu lagi di tingkat atas,” katanya. – 25 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related