Bukit Aman akan panggil Andrew Sia, pengarang portal berita untuk siasatan lanjut

Ia bagi siasatan terhadap penulisan artikel yang didakwa melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Akademi Aparteid

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil kolumnis, Andrew Sia untuk dirakam keterangan bagi siasatan terhadap penulisan artikelnya yang didakwa melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Akademi Aparteid.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selain kolumnis terbabit, Bukit Aman juga akan memanggil pengarang portal berita terlibat yang menerbitkan artikel tulisan Andrew bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’.

“Kita akan panggil (Andrew Sia) dalam masa terdekat. Semakan kepada portal itu juga sedang dibuat bagi memanggil pengarangnya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Razarudin berkata, setakat ini sebanyak 38 laporan polis telah diterima berhubung artikel berkenaan.

Semalam beliau memberitahu, semakan awal polis mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei 2024, kira-kira jam 10.30 pagi di ruangan komen portal Malaysiakini.

“Semakan mendapati isu ini timbul susulan daripada Kempen#MahasiswaUiTMBantah yang diadakan pelajar UiTM Shah Alam pada 14 hingga 15 Mei 2024.

“Profiling kepada SKMM akan dipohon bagi mendapatkan butiran penulis (Andrew Sia) untuk membantu siasatan,” katanya.

Razarudin berkata, kes itu diklasifikasi di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, dengan dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Izzany Zulkifli.

Penulisan Sia bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ yang turut mempersoalkan adakah UiTM harus dinamakan semula sebagai ‘Universiti Tempat Melayu’ itu mencetuskan ketidakpuasan hati ramai, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menegaskan bahawa aparteid dikatakan sebagai dasar segregasi kaum yang begitu zalim, iaitu memuliakan kaum orang putih berbanding kulit hitam di Afrika Selatan, Dr Akmal kemudian mendesak Malaysiakini menurunkan artikel itu segera, manakala Sia membuat permohonan maaf. – 25 Mei, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related