KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang meluahkan rasa kesal dan marah kerana masih ditanya mengenai isu boikot terutama melibatkan restoran makanan segera dan kali ini ia melibatkan ‘bangsa’.
Menerusi Akaun X, Ceddy serba salah kerana akan tetap menerima kesannya sama ada beliau menyuarakan isu Palestin atau tidak.
Malah, kata Ceddy, sejak dulu dia berhadapan dengan soalan ‘kenapa bangsa kau tak ambil peduli’.
Every now and then there’s always “Kenapa bangsa kau tak ambik port?” “Why your race still go to Starbucks/McD?”
— Ceddy (@CeddyOrNot) May 24, 2024
I do NOT represent the entire race? And please lah, I personally know so many non-Malays who care too. Are there people who just don’t care? Of course!!
But here’s…
Sebaliknya, kata Ceddy secara peribadi beliau tahu ramai orang bukan Melayu yang mengambil berat mengenai isu kekejaman Israel yang menyebabkan ramai rakyat Palestin terkorban.
“Ini masalahnya, maklumat berada di hujung jari kita, kita tidak boleh memaksa orang untuk mengambil berat, jika mereka mempunyai pemikiran di mana ‘ia tidak memberi kesan kepada saya juga.’
“Maka biarlah, kita melakukan yang terbaik untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran (kepadanya),’’ katanya.
Ia bukan kali pertama Ceddy menyuarakan perkara tersebut.
Pada 29 Mac lalu, Ceddy melahirkan rasa kesal apabila dicap sebagai penyokong rejim Zionis ketika sedang membuat penstriman langsung di TikTok.
Menurut Ceddy, dia dikecam teruk oleh mereka yang tidak dapat membezakan jenama susu yang kononnnya didakwa menyokong Israel.
Every now and then there’s always “Kenapa bangsa kau tak ambik port?” “Why your race still go to Starbucks/McD?”
— Ceddy (@CeddyOrNot) May 24, 2024
I do NOT represent the entire race? And please lah, I personally know so many non-Malays who care too. Are there people who just don’t care? Of course!!
But here’s…
Dalam pada itu, Ceddy turut memberitahu beliau tidak ada kaitan langsung jika seseorang itu memilih mahu terlibat dalam isu boikot atau tidak.
“Apa yang sepatutnya saya lakukan? Setiap kali saya nampak mereka makan di McD/Starbucks, saya patut menjerit pada mereka?’’ soalnya ketika membalas komen daripada netizen bahawa tidak adil untuk menilai orang disebabkan isu boikot ini.
Ceddy turut mendapat sokongan daripada netizen yang menyatakan isu boikot adalah pilihan masing-masing dan jangan menilai mereka yang enggan berbuat demikian.
“Boikot ini pilihan masing-masing. Jangan menghakimi orang boikot, tak boikot. Boleh je persoalkan kenapa tak boikot Intel dan FB/Meta,’’ kata Hafiz. – 24 Mei, 2024