Lelaki nyaris maut, tayar lori tercabut dan melantun atas kereta

Kemalangan tersebut berlaku melibatkan dua kenderaan jenis Proton Iriz dan Proton Saga

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bomba mengambil masa selama hampir 40 minit untuk mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit selepas sebuah tayar lori tercabut dan melantun ke atas kereta yang dipandunya, di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, Isnin lalu.

Pegawai Bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas, Azlim Sudin ketika dihubungi Scoop berkata, ketika kejadian kira-kira 7.06 pagi itu, lelaki tersebut, berusia 30-an, menaiki kereta Proton Iriz.

“Kemalangan tersebut berlaku melibatkan dua kenderaan jenis Proton Iriz dan Proton Saga.

“Seorang lagi mangsa wanita yang menaiki Proton Saga berusia 20-an, berjaya diselamatkan dan dikeluarkan oleh orang awam di tempat kejadian serta tidak mengalami sebarang kecederaan,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, Bomba yang tiba di tempat kejadian terpaksa menggunakan peralatan pemotong hidraulik dan lelaki itu dibawa keluar dari keretanya dalam keadaan sedar.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

@ajim5666 berhati-hati dijalan raya geng… hampir melayang nyawa kena camni😭😭😭😭…#berhati #abangbomba ♬ suara asli – Music Everywhere

Sementara itu, klip video berdurasi satu minit 13 saat itu kini tular di media sosial, yang menunjukkan bagaimana bahagian bumbung dan cermin hadapan Proton Iriz warna biru itu mengalami kerosakan teruk.

Terdapat komen-komen daripada beberapa netizen dipercayai rakan mangsa yang memaklumkan dia masih tidak sedarkan diri dan berada di HKL.

“Masih belum sedarkan diri di HKL,’’ kata Mazidah Mustaffa menerusi ruangan komen dalam TikTok yang dimuatnaik oleh ajim5666.

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan ramai dan menunjukkan betapa pentingnya pemeriksaan dilakukan ke atas sesebuah kenderaan berat sebelum ia bergerak di jalan raya. – 22 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related