Beras subsidi bernilai lebih RM2 juta dirampas di gudang tidak berlesen

Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat berkenaan sama ada terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi, khususnya beras putih import

4:27 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa merampas 645.75 tan metrik beras bersubsidi bernilai RM2.1 juta dalam satu operasi di sebuah gudang tidak berlesen di Sibu, Sarawak minggu lalu.
 
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, serbuan yang dijalankan menerusi Op Taring Bravo 3 pada 15 dan 16 Mei itu telah merampas  pelbagai gred beras termasuk beras putih import (BPI)

Premis perniagaan tersebut juga, katanya tidak mempunyai lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].

“Stok beras beserta dokumen-dokumen yang berkaitan disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 P.U (A) 624.

“Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat berkenaan untuk menentukan sama ada ia terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi, khususnya beras putih import,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beras yang dirampas dalam serbuan di sebuah gudang tidak berlesen di Sibu, Sarawak dianggarkan bernilai RM2.1 juta. – Gambar Facebook Mohamad Sabu, 22 Mei, 2024

Menurut KPKM, kejayaan serbuan adalah hasil kerajasama Kawal Selia Padi dan Beras (KPB), polis serta Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia  (MCBA).

“Kerajaan melaksanakan subsidi BPI sebanyak RM950 setiap tan metrik peringkat borong bagi Sabah, Sarawak, dan Labuan bermula 5 Oktober 2023 dengan harga jualan runcit tidak melebihi RM31 bagi setiap kampit 10 kilogram.

“KPB sentiasa berkolaborasi dengan agensi penguatkuasaan negara untuk mempergiatkan penguatkuasaan bagi mengekang pihak yang cuba menyeleweng BPI di Sabah dan Sarawak, termasuk cubaan membawa keluar beras tersebut dari sempadan negara,” katanya. – 22 Mei, 2024

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related