Memasak di stesen minyak Genting Highlands: 4 individu didakwa esok

11 individu lain yang ditahan sudah dibebaskan dan mereka akan menjadi saksi kes tersebut

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat daripada 15 individu yang melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang, baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong, esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, mereka yang akan didakwa itu adalah seorang lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 hingga 24 tahun di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“11 individu lain yang ditahan sudah dibebaskan dan mereka akan menjadi saksi kes ini,’’ katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Terdahulu Scoop melaporkan mengenai tindakan sekumpulan individu memasak menggunakan dapur gas mini di sebuah stesen minyak di Genting Highlands yang mengundang kemarahan ramai.

Ia bukan sahaja mengancam keselamatan ramai malah melanggar prosedur operasi standard (SOP) stesen minyak.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengenai tindakan sekumpulan individu tersebut yang dipercayai dilakukan sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat. – 20 Mei, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related