Gangguan air 5 Jun ini, Air Selangor nasihat pengguna simpan bekalan secukupnya

Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset itu dijangka siap pada jam 7 malam hari yang sama

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Air Selangor mengingatkan pengguna di tujuh wilayah di negeri itu supaya bersedia menghadapi gangguan bekalan air disebabkan kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 5 Jun ini.

Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja itu akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9 pagi.

Menurutnya, kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset itu dijangka siap pada jam 7 malam hari yang sama.

“Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi pada 6 Jun (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20% pada jam 3 petang, 6 Jun (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3 pagi, 7 Jun (Jumaat). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan terlibat dijangka pada jam 12 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.

Sementara itu, Air Selangor berkata, bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah terjejas.

Katanya, bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estate (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang) serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat menerusi saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com,” katanya. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related