Video terakhir Raisi sebelum helikopter dinaiki terhempas

Susulan kehilangannya, Iran menggerakkan operasi mencari besar-besaran dengan pasukan penyelamat menyusuri kawasan pergunungan

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah rakaman video menunjukkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi berada di dalam sebuah helikopter yang dinaikinya sebelum ia disyaki terhempas di sempadan Iran dengan Azerbaijan, semalam.

Menurut The Sun, pemimpin tersebut dilihat memandang ke luar tingkap, manakala seorang lagi individu yang tidak dikenali duduk bertentangan dengannya.

Raisi berada di dalam helikopter tersebut sebelum ia dilaporkan terputus hubungan semalam.

Cuaca berkabus serta hujan menyukarkan operasi mencari dan menyelamat Raisi yang dikenali sebagai penyokong Hamas.

Pegawai-pegawai Iran memberi amaran bahawa nyawa Raisi ibarat di hujung tanduk ketika sekutu Tehran termasuk Russia menghantar bantuan untuk operasi menyelamat.

Terdahulu, Raisi, 63, dilaporkan berada di sempadan wilayah Azerbaijan untuk merasmikan empangan Qiz-Qalasi sebelum nahas.

Raisi berlepas bersama Gabenor wilayah Azerbaijan Timur dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian dalam konvoi disertai tiga helikopter.

Tetapi dua lagi helikopter selamat mendarat di destinasi mereka, namun helikopter dinaiki Raisi tidak kunjung tiba.

Susulan kehilangannya, Iran menggerakkan operasi mencari besar-besaran dengan pasukan penyelamat menyusuri kawasan pergunungan, namun bergelut untuk sampai ke lokasi dengan keadaan cuaca buruk.

Komander tentera Iran mengarahkan semua sumber tentera dan pasukan elit Pengawal Revolusi digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Suasana gelap dan hujan tetapi pencarian tetap diteruskan.

“Pasukan penyelamat sudah tiba di kawasan dipercayai lokasi nahas, namun, hujan menyebabkan aliran lumpur yang menyukarkan pencarian,” kata seorang wartawan tempatan. – 20 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related