Regu negara mudah ketepikan China

Regu negara akan seterusnya akan berdepan dengan Brunei pada esok

11:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak menghadapi masalah mengetepikan cabaran China dalam saingan Regu Premier di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw malam ini.

Di hadapan penyokong negara yang mencipta atmosfera gegak gempita di Stadium Titiwangsa, trio Malaysia yang diketuai apit kiri Farhan Adam, tekong Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan apit kanan Mohamad Azlan Alias melakarkan kemenangan dominan di set pertama.

Tekong Mohammad Syahir Mohd Rosdi ketika beraksi menentang China – Azim Rahman/Scoop, 18 Mei, 2024

China yang diwakili Wu Haoran (apit kiri), Zhang Ruhao (tekong) dan Fan Xu (apit kanan) gagal mengekang kemaraan Malaysia di set kedua dan ketinggalan 10-4.

Dengan kedudukan selesa itu, jurulatih negara Ahmad Jais Baharun mengambil peluang untuk memasukkan tekong muda Muhammad Haziq Hairul Nizam mengantikan Syahir.

Haziq tidak menghadapi masalah untuk meneruskan rentak kemenangan Malaysia dan dengan kesilapan tekong China menghantar servisnya ke jaring, melengkapkan kemenangan 15-6, 15-7 buat Malaysia.

Libasan apit kanan Mohamad Azlan Alias ketika perlawanan menentang China – Azim Rahman/Scoop, 18 Mei, 2024

Kapten negara, Farhan berkata, servis Syahir banyak membantu pasukan untuk mengalahkan China.

“Kejayaan malam ini juga dikecapi dengan usaha sepasukan yang baik.

“Kami juga masih mencari rentak dalam perlawanan pertama ini dan seterusnya kami harus meningkatkan lagi permainan kami.

Regu negara meraikan kemenangan – Azim Rahman/Scoop, 18 Mei, 2024

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir pada malam ini dan memberikan sokongan yang padu.

“Sokongan anda memberikan kami semangat untuk beraksi dengan baik malam ini,” katanya.

Regu negara akan seterusnya akan berdepan dengan Brunei pada esok. — 18 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related