Dua anggota maut diserang: PDRM tingkat kawalan keselamatan semua balai polis di Johor

Tan Sri Razarudin Husain turut memaklumkan, Unit Cawangan Khas Polis akan mengesan semua anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang berada di Johor

1:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan keselamatan di semua balai polis di Johor, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggotanya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara langkah akan diambil adalah meningkatkan rondaan di balai berkenaan.

Menurutnya, PDRM juga akan memperbaiki balai yang mempunyai sistem pencahayaan kurang baik.

“Kawalan di balai akan dipertingkat dan polis akan maklumkan kepada pihak Istana dan Menteri Besar kerana ia adalah tanggungjawab kami.

“Kami akan meningkatkan peronda di balai dan jika ada pencahayaan kurang di mana-mana balai, ia akan dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung insiden berkenaan, selepas mengadakan lawatan ke Balai Polis Ulu Tiram.

Razarudin turut memaklumkan, Unit Cawangan Khas Polis akan mengesan semua anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang berada di Johor untuk siasatan lanjut.

“Saya sudah mengarahkan Cawangan Khas untuk mendapatkan semua anggota JI yang berada di Johor untuk dikenal pasti dan disiasat.

“Kita ada lebih daripada 20 anggota JI yang sedang disiasat,” katanya.

Terdahulu, menerusi sidang media, Razarudin mengesahkan suspek yang menembak dan menetak mati dua anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, adalah ahli JI.

Suspek juga mencederakan seorang anggota polis yang kini dilaporkan stabil susulan mengalami kecederaan di bahu kiri dan pinggul kiri.

Dalam kejadian itu, suspek turut maut. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related