Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua orang awam sedang buat laporan ditahan bantu siasatan

Apa yang mencurigakan adalah mengapa mereka datang ke balai polis pada awal pagi untuk mendapatkan pendapat berhubung kes yang berlaku pada 2022

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis menahan dua orang awam yang berada di Balai Polis Ulu Tiram, Johor ketika kejadian serangan di lokasi berkenaan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua mereka, masing-masing lelaki dan wanita ke balai polis itu untuk membuat laporan berhubung kes cabul yang berlaku dua tahun lalu.

Menurutnya, apa yang mencurigakan adalah mengapa mereka hadir pada waktu awal pagi untuk mendapatkan pendapat berhubung kes yang berlaku pada 2022.

“Kejadian kurang 2.30 pagi, dua orang awam datang ke balai kononnya nak mendapatkan pandangan mengenai dia sudah dicabul pada dua tahun lalu, kedua-dua mereka adalah pelajar.

“Dua orang awam itu hadir ke balai berkenaan bagi mendapatkan pandangan mengenai kes diri dicabul pada dua tahun lalu.

“Kita sudah tangkap pengadu (orang awam) itu, kalau kejadian yang berlaku dua tahun dahulu dia datang pukul 2 pagi untuk mendapat pendapat daripada polis macam tak logik, jadi kita nak siasat dan kita tangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

Negara dikejutkan dengan kejadian dua anggota polis maut, manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar kepada media.

Kumar berkata, insiden pada jam 2.45 pagi itu, membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang.

Suspek, katanya, turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

Ujarnya, polis turut merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Jenazah kedua-dua mangsa dan suspek dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Mengulas serangan ke atas anggota balai berkenaan, Razarudin berkata, suspek menetak dan menembak mati dua anggota polis, selain mencederakan seorang lagi anggota.

Katanya, suspek masuk melalui pintu belakang dan ketika itu anggota terbabit ke bahagian itu untuk memeriksa, sebelum dirinya ditetak suspek.

Pada masa sama, Razarudin berkata, ada kereta peronda polis tiba di lokasi dan berlaku insiden tembak-menembak, mengakibatkan seorang daripada anggota ditembak di pipi serta dilaporkan meninggal dunia tempat kejadian.

Setakat ini, lima individu berusia dari 19 hingga 62 tahun yang terdiri daripada ahli keluarga suspek dan dua orang awam ditahan. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related