Indeks Kebebasan Media Dunia berdasarkan kaji selidik bukan pemerhatian langsung: Fahmi

RSF turut mengalu-alukan penglibatan dengan kementerian dan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan kebebasan media di negara ini

4:39 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia yang diterbitkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak berdasarkan pemerhatian secara langsung oleh pertubuhan itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau mengadakan pertemuan dalam talian dengan RSF untuk membincangkan kemerosotan kedudukan tersebut yang mana mereka memaklumkan perkara itu diputuskan berdasarkan maklum balas daripada responden dalam kaji selidik yang dijalankan.

“(RSF) berkata indeks kebebasan media itu disediakan berdasarkan maklum balas daripada responden yang mengisi kaji selidik.

“Ia tidak semestinya berdasarkan usaha (RSF) sendiri di lapangan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini.

Fahmi berkata, RSF juga mengalu-alukan penglibatan dengan kementerian dan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan kebebasan media di negara ini.

Pada masa sama, beliau berkata, RSF telah dijemput untuk menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) tahun ini, yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Mei di Kuching.

Terdahulu, media melaporkan, Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh RSF berbanding tangga ke-73 tahun lalu.

Bagi negara Asean, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Menurut laporan itu, Malaysia memperoleh skor 52.07 mata. – 15 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related