Kuman Pictures sekali lagi anjur cabaran pertandingan filem pendek seram, kali ini elemennya buah tembikai

10 peserta akhir akan diumum pada Julai dan dijemput untuk tayangan di Pesta Filem Kota Bharu pada 13 hingga 16 September, di mana pemenang kemudian diumumkan

5:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi meneruskan usaha mencari pelapis-pelapis berbakat dalam bidang pengarahan, syarikat produksi Kuman Pictures sekali lagi menganjurkan cabaran pertandingan filem pendek bertemakan seram.

Menariknya, pertandingan ini meletakkan syarat kepada pencipta kandungan filem baharu untuk menyelitkan elemen tembikai atau timun Cina di dalam cabaran filem-filem pendek yang bakal mereka hasilkan.

Pengumuman mengenai penganjuran pertandingan cabaran filem pendek ini telah dimaklumkan Kuman Pictures melalui hantaran yang dimuat naik di platfrom X.

Menurut Kuman Pictures, mereka menyerahkan pengisian ‘seram’ atau ‘thriller’ kepada pencipta-pencipta kandungan ini.

“Tapi, lebih baik kalau dapat menyentuh isu semasa dan harus ada elemen visual tembikai atau timun Cina.

“Elemen visual buah ini juga harus diihat secara nyata dan bukan dizahirkan melalui gambar, lukisan atau jus di dalam gelas. Hal ini dilakukan adalah untuk memastikan cabaran filem pendek ini mempunyai satu elemen khusus,” kata mereka.

Menurut Kuman Pictures, cabaran pertandingan filem pendek ini hanya terbuka kepada warga dan penduduk tetap Malaysia.

“Tempoh durasi filem pendek ini adalah selama 1 minit hingga 10 minit. Apabila filem sudah siap, sila muat naik ke akaun sendiri di YouTube. Guna hashtag #KumanPictures Challenge5 dan hantar e-mel ke [email protected]  dengan pautan video selewat-lewatnya 15 Jun ini.

“Sebelum e-mel dihantar, sila nyata ‘time-code’ di mana elemen tembikai atau timun Cina ada. Finalis top 10 akan diumum pada Julai dan akan dijemput untuk tayangan di Pesta Filem Kota Bharu pada 13 hingga 16 September, di mana pemenang akan diumumkan.

“Pastikan link YouTube bukan private dan ditanda ‘Not for Kids’ supaya boleh masuk playlist untuk tontonan semua. Pemenang akan dapat RM1,500 tajaan Kuman Pictures,” kata syarikat produksi tersebut.

Ini adalah cabaran pertandingan filem pendek seram atau thriller kelima yang dianjurkan Kuman Pictures yang sebelum ini pernah menghasilkan beberapa filem cereka termasuk Roh dan Pendatang yang merupakan hasil ‘crowfunding’.

Sebelum ini, syarikat produksi Indie terbabit pernah menganjurkan cabaran filem pendek seram dan thriller yang memiliki elemen bola dan buah mangga.

Bahkan, Kuman Pictures juga telah menganjurkan pertandingan penulisan skrin filem seram atau thriller dengan kerjasama syarikat produksi, Red Communications Sdn Bhd.

Pertandingan itu yang mula dibuka sejak awal Januari tahun ini akan ditutup 30 Mei dan pemenang akan diumumkan pada 30 Ogos ini. Karya pemenang juga akan diarahkan pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related