Papar resit derma RM100,000 untuk Palestin, ‘bukti’ Daiyan Trisha tak lupa perjuangan di Gaza

Daiyan Trisha juga memberitahu, dia sudah mula berkongsi dan bersuara mengenai Palestin sejak tiga tahun lalu

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Daiyan Trisha, salah seorang daripada selebriti tempatan yang berada dalam senarai Gerakan Blockout 2024 telah memaparkan resit sumbangan berjumlah RM100,000 kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membantu Palestin.

Ia merupakan sumbangan kepada empat NGO dengan setiap satu NGO menerima RM25,000. Bagaimanapun tarikh sumbangan tidak didedahkan dalam resit itu.

Resit berkenaan dipaparkan menerusi ‘highlight’ di Instagramnya bagi menyatakan sokongan yang diberikan kepada perjuangan Palestin yang diperjuangkan sejak tiga tahun lalu.

“Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing. Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.

“Saya tak pernah sekali lupa akan saudara saya di Palestine. Saya minta maaf jika cara saya tidak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.

“Tak apa. Saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestin dengan pelbagai upaya kerana itulah yang paling penting sekali,” katanya.

Menurut Daiyan, walaupun dikecam, namun hakikatnya dia tidak pernah sekali pun melupakan umat Islam Palestin yang menjadi mangsa serangan Israel. – Gambar media sosial, 14 Mei, 2024

Gerakan Blockout 2024 merupakan tindakan masyarakat global dalam menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang.

Ia menyasarkan golongan selebriti yang terus memilih untuk berdiam, selain tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan keganasan dilakukan Israel ke atas Palestin.

Selain Daiyan, antara selebriti tempatan dalam senarai itu ialah Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Mira Filzah, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Eyka Farhana, Intan Najuwa, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Janna Nick, Awal Ashaari, Scha Al-Yaya serta Tan Sri Michelle Yeoh.

Turut tersenarai, pempengaruh media sosial seperti Troy Ling dan Syamimia, model Athina Kamaruddin serta beberapa usahawan produk seperti Datuk Seri Vida, Haliza Maysuri dan Cupcake Aisyah.

Menurut Daiyan, sokongan yang diberikan kepada Palestin dilakukan mengikut kemampuan dirinya berdasarkan situasi dan keadaan.

“Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestin. Tetapi saya saya tidak pernah berhenti untuk berkongsi mengenai Palestin.

“Jadi, ini bukanlah hantaran yang dilakukan secara tiba-tiba. Mungkin kadang-kadang saya lupa. Terima kasih kerana mengingatkan. Saya hargai,” katanya. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related