PRK KKB: Lumpuh tak halang warga emas mengundi, meskipun terpaksa diusung dengan katil

Zul Majid menggunakan perkhidmatan ambulans swasta untuk mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi

1:45 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Biarpun terpaksa diusung menggunakan katil kerana lumpuh separuh badan, semangat kental mahu menunaikan tanggungjawabnya, tidak mematahkan semangat seorang warga emas untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu.

Zul Majid, 63, diiringi isteri, Dalilah Abas, 61, menggunakan perkhidmatan ambulans swasta untuk mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Dia yang ditemui media usai mengundi berkata, walaupun pergerakannya terbatas, dia tetap mahu mengundi kerana ia kewajipan dan fardhu ain.

“Saya mahu wakil rakyat dipilih nanti dapat menjaga rakyat, soal agama bangsa jangan jadi pertikaian, yang penting berkhidmat sebaiknya untuk rakyat yang sudah memilih,” katanya.

Manakala, isterinya berkata, suaminya yang lumpuh separuh badan sejak 2020 itu, hanya boleh duduk dan baring sahaja di rumah

“Dia (suami) tidak ada paksa pun, cuma kali ini dia berkobar-kobar hendak pergi mengundi dan sampai di sini ada petugas yang turut membantu, jadi ia memudahkan urusan,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar layak melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan.

Sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup jam 6 petang ini. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

A modern mufti: Anwar Ibrahim’s vision of Islamic leadership – Tuan Muda 

The prime minister needs the right candidate to journey with him on his reform agenda 

Related