Adun pembangkang di Selangor dapat peruntukan, tiada masalah salur pada rakyat: Calon PN

Khairul Azhari Saut berkata, adalah penting untuk PN memenangi PRK Kuala Kubu Baharu bagi menguatkan pembangkang supaya semak dan imbang dapat berjalan baik

10:05 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Kemampuan untuk menyalurkan peruntukan dan bantuan kepada penduduk Kuala Kubu Baharu tidak akan menjadi beban kepada calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan.

Khairul, 54, berkata, menjadi pengetahuan semua bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Selangor turut diberikan peruntukan oleh kerajaan negeri.

“Pada sidang DUN lepas, semua tahu Selangor beri peruntukan kepada semua Adun pembangkang.

“Jadi saya rasa isu peruntukan itu tidak timbul, yang penting saya dapat bawa suara pengundi ke dewan undangan negeri untuk diambil perhatian oleh kerajaan negeri.

“Itu pentingnya PN perlu menang di KKB untuk menguatkan lagi barisan pembangkang di sidang Dewan Undangan Negeri, supaya semak dan imbang dapat diterjemahkan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas siri kempennya di sekitar pekan KKB di sini hari ini.

Selain itu, memasuki hari kesembilan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu, Khairul berkata, Perikatan Nasional (PN) telah mencapai 70% kempen bertemu pengundinya.

Beliau berkata, kempen itu turut meliputi kawasan Felda, pasar pagi dan peniaga-peniaga di DUN berkenaan.

“Saya rasa PN sudah merangkumi lebih 70% di semua PDM kita sudah pergi. Dari sempadan kawasan di Kerling dan juga sampai ke sempadan Batang Kali di Batu 30.

“Ada kawasan-kawasan yang belum kita masuk kerana calonnya hanya seorang daripada PN jadi saya kena ikut mana yang kita telah tetapkan,” katanya.

Khairul Azhari Ketika menyantuni pengundi Kuala Kubu Baharu menjelang pilihan raya kecil yang berlangsung pada 11 Mei ini. – Azim Rahman/Scoop, 5 Mei, 2024

Menurut pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu, sehingga kini kempen berjalan lancar dan penerimaan pengundi sangat positif.

“Respons yang kita dapat mereka beri kita kata-kata semangat dan saya harapkan doa daripada pengundi kawasan. Sekurang-kurangnya dapat doa pun sudah cukup,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjangkakan gabungan itu akan merampas kerusi ini sekiranya peratusan turun mengundi adalah lebih 80%, Khairul berkata, sebagai calon beliau akan berusaha untuk memperoleh kemenangan pada 11 Mei depan.

“Kita tahu peratusan turun mengundi pada PRU15 mahupun PRN agak membimbangkan hanya sekitar 67%. Jadi kalau PN nak menang sekurang-kurangnya kena dapat 80%.

“Jadi jentera kena kerja kuat untuk memastikan semua pengundi dapat keluar pada hari tersebut,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Khairul, Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia). – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related