Jadikan Coliseum pawagam nasional dan hab filem, Mahadi J Murat cadang kerajaan ambil alih bangunan bersejarah itu

Mahadi juga berharap kawasan sekitar Coliseum dibangunkan untuk mengetengahkan suasana, budaya, wajah, signature dan keharmonian Malaysia yang berbilang kaum serta budaya

7:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang mengambil alih bangunan ikonik Coliseum di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan mengubahnya menjadi pawagam nasional serta hab perfileman.

Cadangan itu dibuat pengarah filem merangkap Pensyarah Profesor Komunikasi dan Pengajian Filem di Universiti Malaya-Wales, Profesor Mahadi J Murat, susulan laporan bangunan bersejarah itu disenaraikan untuk dijual.

Mahadi, ketika dihubungi Scoop juga berharap kawasan sekitar Coliseum dapat dibangunkan dan dijadikan tempat untuk mengetengahkan suasana, budaya, wajah, signature dan keharmonian Malaysia dari pelbagai aspek kehidupan.

“Pawagam filem nasional yang saya sebutkan itu tujuannya nak mengangkat, mengetengah kandungan tempatan atau cerita-cerita tentang wajah atau persoalan Malaysia di tengah bandar raya Kuala Lumpur, untuk disaksikan oleh mereka yang datang dari merata tempat.

“Pada masa yag sama ia juga boleh dijadikan hab perfileman untuk pertemuan dan aktiviti karyawan filem, selain menjadi venue alternatif bagi tayangan filem wajah Malaysia yang tidak dikekang sebarang tuntutan komersial.

“Ia juga boleh dijadikan satu langkah atau usaha untuk merakyatkan filem, sekali gus membangkitkan semangat dan apresiasi masyarakat terhadap filem, manakala 200 pawagam lain yang sedia ada di seluruh negara boleh terus menayangkan serta mengangkat filem-filem Malaysia secara komersial seperti biasa,” katanya.

Semalam, Scoop melaporkan bangunan ikonik Coliseum yang mengandungi pawagam, kafe dan hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman kini dalam senarai untuk dijual, namun harganya tidak didedahkan.

Ia dimaklumkan oleh ejen hartanah Knight Frank Malaysia menerusi Linkedln, dengan pihak yang berminat dipelawa untuk menghubungi mereka bagi maklumat lanjut.

Dibina pada 1920, pawagam Coliseum dengan gaya ‘Art Deco’ merupakan yang tertua di negara ini, manakala kafe Coliseum ditutup pada 2021 kerana masalah kewangan ekoran perintah kawalan pergerakan Covid-19.- Sairien Nafis/Scoop, 5 Mei, 2024

Dibina pada 1920, pawagam dengan gaya ‘Art Deco’ itu merupakan yang tertua di negara ini, manakala kafe Coliseum ditutup pada 2021 selepas gagal mendepani cabaran ekonomi sejak perintah kawalan pergerakan Covid-19.

Mengulas lanjut, Mahadi bagaimanapun berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya diberi mandat serta tanggungjawab untuk menguruskan pawagam Coliseum ini, bukannya pihak lain termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

“Kenapa saya sarankan DBKL? Sebab ketika ini, DBKL juga menguruskan panggung Anniversari dan panggung Bandaraya. Kalau DBKL dapat beli dan dapat kendalikan pawagam Coliseum ini, ia boleh dijadikan seperti Cinematic Center di Manila, Taman Ismail Marzuki di Jakarta dan British Film Institute di London

“Jika DBKL memiliki pawagam Coliseum, panggung Anniversari dan panggung Bandaraya, mereka boleh menjadikan ketiga-tiga premis ini sebagai alat penting untuk mengangkat kandungan, budaya dan nilai Malaysia, tetapi ia haruslah dilakukan secara serentak,’’ katanya.

Mahadi percaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pihak paling sesuai menguruskan pawagam Coliseum kerana mereka menguruskan panggung Anniversari dan panggung Bandaraya. – Gambar Facebook Mahadi J Murat, 5 Mei, 2024

Jelas Mahadi, DBKL juga tidak perlu mendapatkan dana kerajaan bagi menguruskannya sebaliknya ia boleh menjalankan perniagaan dengan mengenakan lesen kepada pihak yang berminat.

Selain itu, penajaan daripada badan korporat dan syarikat perniagaan terbabit dapat dijadikan sumber kewangan bagi DBKL.

“Penajaan daripada badan korporat dan syarikat perniagaan inilah yang dapat dijadikan sumber kewangan bagi DBKL untuk menguruskan ketiga-tiga entiti itu, sekali gus memperkenalkan panggung Coliseum di mata dunia,’’ katanya. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related