Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama Kerajaan Negeri, Persekutuan: PM

Anwar, ketika hadir meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra malam tadi, menyinggung (menyentuh) soal akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan

9:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi manfaat serta kesejahteraan rakyat.

Anwar, ketika hadir meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra malam tadi, menyinggung (menyentuh) soal akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan.

“Islam mengizinkan kita berbeza pandangan dalam soal tafsiran, pendekatan, strategi dan keutamaan namun ia perlu diuruskan secara beradab dan berhemah,” katanya dalam hantaran di laman Facebook semalam.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan kerjasama penuh dalam penganjuran majlis itu meskipun berbeza pandangan politik.

Ketika berucap, Anwar berkata beliau mengambil maklum betapa Kedah mempunyai peranan penting dari segi pengeluaran hasil padi dan memastikan keterjaminan makanan namun pada masa sama, kelompok penanam padi di negeri itu kekal miskin.

“Justeru, saya tekankan betapa kementerian dan agensi Persekutuan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan negeri Kedah khususnya bagi membasmi kemiskinan.

“Ini termasuklah usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi lonjakan hasil padi yang memerlukan perbelanjaan RM5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related