Masih terlalu awal bincang pertukaran MB Perlis: Ahmad Fadhli

Semua pihak perlu membiarkan siasatan menyeluruh dijalankan SPRM sebelum sebarang perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibuat

8:27 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – PAS memaklumkan masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan Menteri Besar di Perlis.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebaliknya semua pihak perlu membiarkan siasatan menyeluruh dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebelum sebarang perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibuat.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk membincangkan soal perubahan (kepemimpinan) kerajaan Perlis.

“Ini zaman (kerajaan) Madani, ketika era ini ada yang dipanggil membela diri pun dapat DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan sebagainya.

“Kalau mahu bincangkan pertukaran (kepemimpinan) kerajaan Perlis ini masih terlalu awal.

“(Jadi) kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu ketika ditemui selepas Ceramah Umum PN di sini, malam tadi.

Khamis lalu, Bersatu Perlis dilapor sedia menggalas tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri itu, jika wakil parti berkenaan diminta berbuat demikian.

Namun, sebarang keputusan mengenai kedudukan Mohd Shukri tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis dan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Scoop, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Mohd Shukri ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya itu di Putrajaya pada 10 pagi, 30 April lalu, selepas hadir memberi keterangan

Menurut beliau, SPRM turut menjalankan siasatan terhadap pemimpin itu mengenai salah guna kuasa.

Azam mengesahkan Mohd Shukri ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa.

Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana, termasuk membaik pulih, menyenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi PN negeri itu, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas hampir lapan jam diambil keterangan.

Terdahulu, media melaporkan anak kepada Mohd Shukri antara enam individu direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan bernilai RM600,000.

Malah, SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, selepas disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya, membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related