Manifesto PN untuk Kuala Kubu Baharu masih rahsia: Faizal Azumu

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi alasan ia kerana hal berkaitan strategi adalah rahsia

11:45 AM MYT

 

HULU SELANGOR – Memasuki minggu kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Perikatan Nasional (PN) masih berahsia mengenai manifesto calonnya.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, gabungan itu akan membentangkan manifesto untuk DUN berkenaan apabila tiba masa sesuai.

“Kita akan umumkan sebelum pilihan raya…Bila tiba masanya.

“Tetapi (tawaran) yang jelas hari ini kepada orang Kuala Kubu Baharu, kami menawarkan seorang calon anak tempatan berkelayakan, berkebolehan, faham permasalahan tempatan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Wanita Gempur PN di Bila Gerakan Utama (BGU) PN di Batang Kali, hari ini.

Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao melancarkan manifestonya untuk penduduk Kuala Kubu Baharu malam tadi yang menekankan lima teras, termasuk ekonomi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai apa intipati manifesto bakal ditawarkan PN, Ahmad Faizal berkata, perkara berkenaan belum boleh diuar-uarkan.

Beliau memberi alasan ia kerana hal berkaitan strategi adalah rahsia.

“Jadi kami masing-masing ada strategi. Pihak PN ada strategi untuk calonnya.

“Untuk calonnya bila nak masuk kampung Melayu, dia (calon PH) pakai tudung, selendang. Itu strategi mereka.

“Tetapi kami juga ada strategi yang kami akan umumkan bila kami rasakan masa itu sesuai,” katanya.

Ditanya keyakinan untuk PN merampas DUN Kuala Kubu Baharu, Ahmad Faizal berkata, beliau percaya calon gabungan berkenaan, Khairul Azhari mampu melakar kejayaan.

“Kami amat yakin dengan penambahan seorang lagi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) daripada PN yang mewakili Kuala Kubu Baharu. Suara rakyat di sini akan dibawa dengan lantang di DUN Selangor.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu pada 27 April lalu, manakala hari pengundian 11 Mei ini.

PRK itu diadakan selepas kematian Ahli Dewan Undangan Neger (Adun) kawasan berkenaan, Lee Kee Hiong bulan lalu akibat kanser.

Kee Hiong yang juga dari DAP memegang kerusi Kuala Kubu Baharu sejak 2013, dengan menerima pujian atas perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH); PN, Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan Bebas, Nyau Ke Xin. – 4 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related