MB Perlis dibebaskan selepas 8 jam diambil keterangan: Azam Baki

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas lapan jam diambil keterangan, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Scoop.

“Saya sahkan dia (Menteri Besar Perlis) sudah dibebaskan,” katanya ringkas.

Menurut sumber, Mohd Shukri telah ditahan pada kira-kira jam 11 pagi ini semasa beliau hadir untuk dirakam percakapan di ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Dipercayai beliau disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Azam turut mengesahkan penangkapan Menteri Besar Perlis pada pagi ini.

Terdahulu Scoop melaporkan, Mohd Shukri ditahan SPRM bagi diambil keterangan berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.

Menurut Azam, Mohd Shukri ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Katanya, SPRM turut menjalankan siasatan terhadap Menteri Besar itu mengenai salah guna kuasa.

Baru-baru ini SPRM menahan reman anak Menteri Besar Perlis itu berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Namun dia dibebaskan dengan jaminan SPRM. – 30 April, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related