Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif: PM Anwar

Secara kumulatif, AS berada pada kedudukan pertama dari segi jumlah pelaburan di Malaysia manakala China pula menunjukkan peningkatan sebagai antara pelabur utama

5:58 PM MYT

 

RIYADH — Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Putrajaya menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea Selatan dan Jepun.

“Kami terlibat dan bergantung kepada sokongan, kerjasama dan pelaburan dari Barat seperti AS dan Eropah, dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea (Selatan) dan Jepun.

“Ini terutama dengan China memandangkan terdapat pelaburan dan minat yang semakin meningkat,” katanya pada sesi pleno pembukaan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF): Visi Baharu Pembangunan Global hari ini.

Secara kumulatif, AS berada pada kedudukan pertama dari segi jumlah pelaburan di Malaysia manakala China pula menunjukkan peningkatan sebagai antara pelabur utama.

Anwar berkata pendirian Malaysia adalah jelas untuk tidak akan membuat sebarang keputusan yang dilihat sebagai provokatif antara satu dengan lain.

“Kami mengalu-alukan pelaburan berdasarkan ketetapan kami,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi sesebuah ekonomi sedang pesat membangun yang kecil, tindakan pengimbangan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya berpandangan setakat ini kami telah berjaya,” katanya.

“Kami perlu mengemudi dengan bijak dan kami bernasib baik memandangkan terdapat konsensus Asean mengenai perkara ini walaupun tidak sepenuhnya kerana kekuatan yang berbeza, tetapi sekurang-kurangnya dalam mekanisme Asean, terdapat keadaan seperti ini untuk kami mengekalkan (pendirian) berkecuali kami,” katanya. – 28 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related