Demonstrasi Pro Palestin: Himpunan ‘merebak’ di lebih banyak universiti AS

Peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar, profesor dan sebahagian besarnya pelajar menuntut gencatan senjata kekal, selain menekan Washington, AS menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Demonstrasi di beberapa universiti dan kolej utama di Amerika Syarikat (AS) yang memprotes serangan Israel ke atas Gaza sejak minggu ini, tetap berterusan serta semakin menerima ‘sambutan’.

Keadaan itu turut dilaporkan merebak ke universiti di Eropah dan Australia.

Kumpulan peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar, profesor, selain sebahagian besarnya adalah pelajar tidak berganjak daripada demonstrasi itu walaupun pihak berkuasa dan pengurusan institusi pendidikan, berusaha menghentikannya.

Tindakan peserta menganjurkan demonstrasi Pro-Palestin itu sebagai protes mereka untuk menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington, AS menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.

Menurut media antarabangsa termasuk A-Jazeera, walaupun demonstrasi itu didakwa menyaksikan ratusan pelajar ditahan ketika usaha pihak berkuasa meleraikan himpunan menerusi tindakan undang-undang, ia tidak melemahkan pendirian kumpulan terbabit.

Sebaliknya, mereka berjanji terus melaksanakan protes di kawasan universiti, bagi memastikan Israel didesak dan tidak terus dibantu secara kewangan untuk membuatkan ia ‘lemah’ serta menghentikan serangan ke atas Gaza.

Malah, protes bermula di Universiti Columbia di New York sebelum merebak ke kawasan lain itu, mendesak agar institusi pendidikan mengurangkan hubungan kewangan dengan Israel.

Peserta juga mendesak institusi pendidikan menarik pelaburan dari syarikat yang didakwa membolehkan perang Israel dilakukan berterusan sejak hampir tujuh bulan lalu terhadap Gaza, sehingga menyaksikan lebih 34,300 penduduk semenanjung berkenaan terbunuh dan lebih 77,400 cedera.

Di sebalik usaha polis, pengurusan universiti di California, Georgia dan Texas memulakan atau meluluskan undi tidak percaya kepada demonstrasi itu.

Ketegangan itu menambah tekanan ke atas pengurusan universiti yang kini sibuk mengadakan persiapan perasmian graduan dijadualkan bulan depan.

Matlamat utama protes Pro-Palestin itu adalah menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington, AS menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel. – Gambar Agensi, 28 April, 2024

Agensi media antarabangsa memaparkan foto dan video mengenai demonstrasi itu, termasuk kain rentang dan plakad tertulis ‘fund our job and education, not war…’ (bayai tugas dan pendidikan kami, bukan peperangan…), ‘George Washington University Faculty and staff for justice in Palestine’ (untuk keadilan Palestin) serta ‘free Gaza liberated zone’ (bebaskan Gaza zon bebas).

Turut tertera adalah ‘ceasefire now’ (lakukan gencatan senjata sekarang) dan ‘protect our freedom of speech’ (lindungi kebebasan suara kita).

Pada masa sama, pelajar di George Washington University mengadakan solat dan berdoa di jalan susulan tindakan polis menutup kawasan berkenaan.

Situasi demonstrasi golongan belia itu bukan sahaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat, termasuk rata-rata yang menyokong supaya gencatan senjata segera dilakukan berhubung peperangan berkenaan, malah menimbulkan persoalan adakah ia akan menyaksikan perubahan polisi luar AS terhadap Israel? – 28 April, 2028

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related