Pesawat ringan lakukan pendaratan kecemasan di Subang, Selangor

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan

11:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebuah pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB yang dikendalikan Techstrait Ltd. telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, pada jam 8.28 pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Norazman Mahmud berkata, pesawat tersebut berlepas pada jam 8.26 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas.

Menurutnya, pesawat kemudiannya membuat pendaratan kecemasan pada pukul 8.28 pagi.

“Dua juruterbang di dalam pesawat dilaporkan selamat.

“Landasan lapangan terbang berkenaan ditutup sementara dari operasi penerbangan sehingga pesawat tersebut dialihkan dari landasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – 26 April, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related