Tamat sudah spekulasi pengunduran Syasya dari Dolla, selamat bernikah

Universal Music Malaysia berharap berita itu akan menamatkan segala spekulasi yang tercetus selama ini.

7:14 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Tanda tanya mengenai pengunduran mengejut Syasya daripada kumpulan Dolla akhirnya terjawab.

Syasya atau nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal mengundurkan diri daripada kumpulan Mpop itu kerana mahu menamatkan zaman solonya dan majlis pernikahannya telah dijalankan semalam.

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, berita pengunduran Syasya daripada Dolla sememangnya mengejutkan ramai serta menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Namun, perancangan mendirikan rumah tangga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.

“Kami perlu akur akan keputusan dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi, ” katanya.

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu akan menamatkan segala spekulasi yang tercetus selama ini.

“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Apa yang penting, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul,” tambahnya.

Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran di akaun rasmi mereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.

Dalam perkembangan lain, Dolla berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokal di China menerusi program Show It All.

Menariknya, aksi lincah Dolla ketika membuat persembahan menjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warga maya. – 21 April, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related