Tengku Zafrul diberi tugas khas susun strategi politik luar kerangka Umno, BN: Zahid

Presiden Umno itu percaya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tahu tugasnya dan yakin dia boleh melakukannya dengan baik

7:06 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Bekas bendahari Umno Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka Umno dan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan memantau sendiri prestasi Tengku Zafrul berikutan tugas yang diberikan itu.

“Saya tahu Zafrul berundur daripada jawatan bendahari (Umno Selangor) dan itu adalah pilihannya.

“Bagaimanapun, saya berbincang dengannya mengenai tugas lain dan saya menugaskan beliau untuk mengatur strategi dan melibatkan diri dalam aktiviti politik di luar kerangka Umno dan BN.

“Dia tahu tentang tugas ini. Insya-Allah, saya akan pantau prestasinya dalam tugas baharu yang diberikan dan saya percaya dia boleh buat,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Berkelompok Cawangan-cawangan Umno Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika menghadiri Mesyuarat Berkelompok Cawangan-cawangan Umno Bahagian Hulu Selangor menjelaskan, Tengku Zafrul tahu apa tugasan yang harus dilakukan dan mampu melakukan. – Halim Salleh/Scoop, 21 April, 2024

Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Setiausaha Agung BN.

Sementara itu, ditanya mengenai peranan khusus yang diberikan kepada Tengku Zafrul, Zahid secara ringkas berkata, butirannya akan diumumkan dalam masa yang ditetapkan.

“Adalah… itu takpe (tak apa). Saya telah memberitahunya (tentang peranan Zafrul),” katanya.

Pada 1 April lalu, Zafrul meletak jawatan sebagai Bendahari Umno Selangor.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, jawatan itu lebih baik diisi individu yang boleh menyumbang dengan lebih efektif.

Antara sebab keputusan itu diambil katanya adalah berikutan perencanaan untuk kebangkitan Umno di Selangor dilihat hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di peringkat pusat. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related