Peminat tetap mahukan Biduanita Negara diberi pada Siti Nurhaliza, tiada yang lebih layak

Beliau telah meraih banyak kejayaan sama ada di dalam mahu pun di luar negara, malah menjadi artis contoh kepada semua lapisan masyarakat

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak ada yang lebih layak mendapat gelaran Biduanita Negara kecuali penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Bakat Siti bukan sahaja diiktiraf dalam negara, malah beliau mempunyai ramai peminat di Indonesia, Brunei, Singapura serta Korea Selatan justeru tidak dapat dinafikan gelaran itu layak buatnya.

Demikian hujah peminat tegar Siti yang mahukan idola mereka diberikan gelaran Biduanita Negara meskipun terdapat perdebatan ada artis senior lain yang lebih layak seperti Datuk Sheila Majid dan Ziana Zain.

Salah seorang peminat, Sara Hasyim, 23, pekerja di sektor swasta melihat pencapaian penyanyi itu sangat luar biasa, selain personalitinya sendiri melayakkan dia mendapat penghormatan tersebut.

Sara Hasyim percaya, Siti Nurhaliza layak mendapat gelaran Biduanita Negara kerana pencapaiannya yang amat luar biasa. – Gambar Scoop, 21 April, 2024

“Beliau amat bersopan santun. Tiada siapa dapat menggantikan lagu-lagunya, semua kekal segar sepanjang masa.

“Pencapaian Siti sememangnya tidak boleh disangkal lagi, kalau tanya budak-budak sekali pun mereka akan kenal siapa itu Siti Nurhaliza,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings semalam.

Farhana Jafri, 33, turut menyuarakan pendapat sama, malah katanya jika gelaran Biduanita Negara itu dipertikaikan maka apa kriteria yang mereka cari sebenarnya.

Farhana Jafri berkata, kelayakan Siti Nurhaliza tidak diperlu dipertikaikan kerana dia telah meraih terlalu banyak kejayaan di dalam dan luar negara. – Gambar Scoop, 21 April, 2024

“Sememangnya layak, pencapaian Siti terlalu banyak di dalam dan luar negara. Beliau sudah menyumbang banyak kepada negara.

“Hingga ke Korea Selatan orang kenal siapa itu Siti Nurhaliza, jadi bakat, populariti dan pencapaian dia memang tidak boleh dipersoalkan lagi,’’ katanya.

Aizat Sharizul pula berkata, walaupun usianya baru 21 tahun dan agak muda, namun dia bersetuju gelaran tersebut dianugerahkan kepada Siti Nurhaliza.

Malah rakan-rakan seusia dengannya pun turut mendengar lagu Siti serta menjadikan penyanyi itu sebagai idola.

Walaupun baru berusia 21 tahun, Aizat Sharizul dan ramai rakan-rakan seusianya menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola mereka. – Gambar Scoop, 21 April, 2024

“Seperti saya sendiri, walaupun baru berusia 21 tahun tetapi dalam kalangan kawan-kawan saya, nama Siti itu selalu kami dengar ke mana saja kami pergi.

“Tak kisahlah kalau tanya budak pun akan kenal dan mengidolakan beliau sebagai seorang artis yang boleh dicontohi,” katanya.

Bagi bekas pekerja Siti Nurhaliza, Haslinda Mohamad, 32, dia tidak pernah rasa tertekan sepanjang bertugas dengan penyanyi tersohor itu, malah Siti sentiasa memberikan sokongan kepada pekerjanya dalam segala segi.

Haslinda Mohamad mendedahkan, penyanyi tersohor itu seorang yang positif dan sering memberi sokongan kepada pekerjanya. – Gambar Scoop, 21 April, 2024

“Daripada segi perwatakan dia sendiri, saya tidak pernah rasa stress ketika bekerja dengan beliau kerana sikapnya yang sangat supportive dengan pekerjanya,’’ katanya.

Untuk rekod, gelaran Biduanita Negara buat masa ini hanya diberikan kepada dua penyanyi iaitu Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related