Lagu Alamak Raya Lagi inspirasi insiden raya terkejut 2022, tak sangka tular hingga luar negara: Azira Shafinaz

Kata Azira, De Fam tidak melakukan apa-apa untuk menaikkan lagu itu di platform media sosial

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Azira Shafinaz yang juga salah seorang anggota kumpulan De Fam mengakui tidak menyangka lagu raya pertama mereka, Alamak Raya Lagi akan menjadi tular sehingga ke luar negara.

Bercakap kepada Scoop, Azira berkata, mereka tidak melakukan apa-apa untuk mempopularkan lagu tersebut di platform media sosial.

“Memang kami tak ada boost apa-apa untuk lagu itu di media sosial. Apa yang tular itu diperolehi secara organik,” katanya.

Menjawab tuduhan lagu itu berunsur ‘biadap’ kerana seolah-olah tidak gembira meraikan Aidilftri, Azira berkata, lagu itu sebenarnya diinspirasikan daripada raya terkejut pada 2022.

“Lagu itu sepatutnya dilancarkan di pasaran pada tahun lalu dan kami dah siap rakamkan pada tahun sama.

“Tapi, kami tak dapat keluarkan lagu ini kerana berdepan dengan masalah dari sudut pemasaran ketika itu dan hanya dapat melakukannya pada tahun ini.

“Tapi, saya percaya ada sebab mengapa lagu ini tertangguh untuk dikeluarkan sampailah 2024. Tengoklah, lagu ini dah sampai ke luar negara,” katanya.

Kata Azira, lagu Alamak Raya Lagi sepatutnya dilancarkan di pasaran pada tahun lalu dan ia sudah siap dirakamkan pada tahun sama tapi tak dapat dikeluarkan kerana berdepan dengan masalah pemasaran – Gambar internet, 17 April, 2024

Menjelaskan lebih lanjut mengenai komen tidak enak terhadap lagu tersebut, Azira berkata, ramai mendakwa perkataan Alamak itu adalah penggunaan perkataan yang salah.

“Kami tak ada niat pun untuk rasa tak happy (gembira) dengan raya. Bahkan, ramai yang salah mentafsirkan lagu itu. Ia sebetulnya diinspirasikan daripada raya terkejut 2022. Kalau diperhatikan liriknya, ia menceritakan bagaimana hura-haranya sambutan raya (waktu itu).

“Saya rasa semua orang boleh kaitkan diri mereka dengan situasi sedemikian. Memang indahnya raya, tapi pada waktu sama banyak berlaku hal yang tidak dijangka. Alamak itu tak jadi, alamak kereta rosak dan macam-macam lagi.

“Bila De Fam keluarkan lagu itu, kami cuma mahu semua orang enjoy. Ia adalah sebuah lagu raya yang fun (seronok) dan usahlah mengambilnya dengan terlalu serius. Harapnya, semua akan enjoy lagu itu sehingga akhir Syawal ini,” katanya.

Sementara itu, Azira Shafinaz antara pelakon yang membintangi filem kepolisian terbaharu berjudul Sheriff arahan Syafiq Yusof yang bakal ditayangkan di pawagam pada 18 April ini.

Sheriff terbitan Skop Productions bersama Astro Shaw turut dijayakan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama dan Azri Iskandar. – 17 April, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related