KUALA LUMPUR — Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, ditutup sementara atas faktor keselamatan berikutan kebakaran di satu daripada bilik utiliti, petang tadi.
Rapid Rail Sdn Bhd menerusi platform X memaklumkan, stesen berkenaan ditutup susulan kejadian itu pada pukul 4:43 petang yang merosakkan bilik peralatan telekomunikasinya.
“Rapid Rail mengesahkan Stesen MRT Taman Mutiara ditutup sementara atas alasan keselamatan disebabkan asap tebal dipercayai dari bilik peralatan telekomunikasi stesen itu,” katanya. – 14 April 2024