JAINJ rampas alas kaki gambar Kaabah, panggil pengurusan pasar raya

Menurut Fared, kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri, selain meredakan kerisauan awam

2:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak berdiam diri dengan isu penjualan alas kaki memaparkan gambar Kaabah di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat, seperti tular di media sosial sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan sudah diambil pihak JAINJ sejurus menerima aduan awam, termasuk merampas 11 alas kaki itu pada Selasa lalu.

Menurutnya, pengurusan pasar raya berkenaan sudah dipanggil bagi memberi keterangan dan diberi amaran, agar lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Sebenarnya tindakan pemeriksaan dan pemantauan sudah dibuat sehari sebelum Aidilfitri susulan aduan awam, selain ia tular di media sosial.

“Hasil pemeriksaan, 11 unit alas kaki dengan gambar Kaabah dirampas dengan pemantauan juga masih berterusan di seluruh negeri ini

“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri, selain meredakan kerisauan awam,” katanya seperti dilaporkan BH.

Terdahulu, isu terbabit ‘hangat’ di media sosial apabila seorang pengguna, Syam Akmal berkongsi video memaparkan perkara itu di media sosial kerana terkejut apabila mengamati gambar tertera di alas kaki terbabit adalah Kaabah.

“Alas kaki ni tau, tapi tengokla gambar tu, Allahu akbar…Kalau yang saya nampak ni macam gambar Kaabah, ingatkan sejadah tapi untuk lap kaki pula.

“Macam mana pandangan mana tuan-tuan pula apa yang saya nampak ni,” kata Syam.

Malah, netizen turut menyifatkan penjualan produk itu sangat tidak bertanggungjawab dan melampau kerana Kaabah yang terletak di Makkah dianggap mulia, selain menjadi kiblat bagi orang Islam.

“Ingatkan sejadah sebab ada gambar Kaabah, tapi rupanya alas kaki untuk lap kaki,” kata seorang pengguna lain yang berkongsi perkara berkenaan. – 13 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related