Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar: PBB

Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A

1:36 PM MYT

 

GENEVA – Penyakit bawaan air sedang merebak di Gaza berikutan kekurangan air bersih dan suhu yang meningkat, menurut Penyelaras  Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA). 

Jamie McGoldrick berkata: “Keadaan semakin panas di sini. Penduduk mendapat air yang semakin kurang daripada yang diperlukan dan natijahnya penyakit bawaan air tersebar kerana kekurangan air yang bersih dan selamat diminum dan gangguan dalam sistem sanitasi.

Kami perlu mencari jalan dalam beberapa bulan akan datang bagaimana kami boleh mendapat bekalan air yang lebih baik ke kawasan ini yang sesak dengan manusia pada masa ini,” katanya selepas melakukan lawatan terakhirnya ke Gaza.

Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – 13 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related